Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Julai 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Perancis itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|fr|Féodalité}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Feudalisme (Perancis: féodalitécode: fr is deprecated , bahasa Inggeris: feudalismcode: en is deprecated ) merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan antara abad-abad ke-9 ke 15 yang mengaturkan tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan antara tuan tanah,[nota 1]petani kebanyakan yang khadam bawah (vassallus)[nota 2] dan hak milik tanah dipinjamkan.[nota 3][2] Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi askar yang setia dalam tentera bangsawan yang mengurniakan tanah pertanian yang boleh diusahakan sebagai balasan.[3] Aturan ini bukan satu sistem politik formal pada zaman itu.[4]
Etimologi
Pengungkapan ini mula dirakam pada abad ke-11 di Perancis menyerap kata Latinfeodum terbitan Latin pecus "lembu" melalui bahasa Frank*fehu-ôd.[5][6] Istilah féodal mula digunakan persuratan undang-undang Perancis pada seawal 1614.[7][8]Istilah tepat feudalism dalam bahasa Inggeris mula diterangkan John Whitaker dalam buku The History of Manchester tahun 1771[9][10] sebelum akhirnya dikukuhkan dalam konteks bidang politik moden melalui ungkapan feudal government and feudal system diterapkan Adam Smith dalam The Wealth of Nations tahun 1776.[11]
Ciri-ciri
Dalam feudalisme, kaum bangsawan dan vasal mempunyai hubungan setia yang bersifat peribadi dengan hak dan kewajiban tertentu pada sistem kontrak di antara mereka. Selain itu, kekuasaan politik bersifat terpusat dan peribadi kerana tidak dibahagikan secara merata melainkan dalam jumlah yang kecil terhad hanya kepada beberapa orang tertentu dengan sahaja. Hubungan sosial di antara kaum bangsawan dan vasal ditentukan oleh keberadaan tanah. Kaum bangsawan dan vasal mempertahankan status sosial dan kekuasaannya di bidang ekonomi dengan pemanfaatan tanah. Dalam feudalisme umumnya juga terbentuk suatu pasukan peribadi yang bertaraf elit.[3]
"Etymologie de féodal". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles (dalam bahasa Perancis). 2012. Dicapai pada 11 Jul 2023. « relatif à un fief, au régime fondé sur lui » ... Empr. au lat. médiév. feodalis attesté comme subst. 930 et adj. 993-1032 ds Nierm., dér. de feudum (v. fief).
"Etymologie de fief". ibid. 2012. Dicapai pada 11 Jul 2023. "...prob. de l'a. b. frq. *fehu « bétail », cf. le m. néerl. vee « id. » (Verdam), a. h. all. fihu « id. » (Graff t. 3, col. 428), a. b. all. fehu « id. », got. faihu « argent, possessions » (Feist); l'évolution sém. aura été identique à celle du lat. pecus « bétail »"
^Cheyette, Fredric L. (2005). "FEUDALISM, EUROPEAN.". Dalam Horowitz, Maryanne Cline; Gale, Thomas (penyunting). New Dictionary of the History Of Ideas. 2. m/s. 828–831. ISBN0-684-31379-0.