Mentor 3 ialah musim ketiga bagi siri asal Mentor dimana ianya sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3 dimana program ini memperlihatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air yang bergelar Mentor akan memilih dan membimbing peserta yang dipanggil Protege untuk menjadi seorang artis dan pelapis dimasa akan datang. Musim ketiga mulai disiarkan pada 9 April 2009 iaitu pada hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.
Rancangan Mentor musim ketiga ini terdiri daripada peringkat ujibakat (disiarkan pada 19 April, 9.00 malam), Konsert Mingguan Mentor (Ahad, 9.00 malam, mulai 3 Mei), Jurnal Protege (Isnin hingga Jumaat, 7.28-7.30 malam) dan Jurnal Mentor (Ahad, 5.30-6.00 petang). Konsert Mingguan memberi laluan kepada Konsert Jomheboh sebulan sekali sepanjang pertandingan.
Konsert mingguan dilangusngkan pada setiap Ahad mulai 10 Mei hingga peringkat akhir pada 12 Julai yang menyaksikan Hanifah bin Md Hanafiah atau "Black", iaitu protege Mas Idayu, dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim ini.[1]
Mentor musim ketiga telah menamatkan penyiarannya pada 12 Julai 2009.
Ujibakat
Keenam-enam mentor mengadakan sesi ujibakat masing-masing di hari-hari berlainan pada bulan Mac dan April. Sesi-sesi ujibakat tersebut diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, kecuali sesi Awie di Hotel Sri Pacific (berhampiran PWTC), Kuala Lumpur.
14 Mac:
|
Jaclyn Victoria
|
15 Mac:
|
Mas Idayu
|
21 Mac:
|
Lah Ahmad
|
22 Mac:
|
Adibah Noor
|
28 Mac:
|
Ajai
|
4 April:
|
Awie
|
Di samping syarat umum yang menetapkan peserta berusia antara 17-25 tahun dan datang secara solo, setiap mentor menetapkan kehendak tersendiri dalam pencarian bakat masing-masing.
Misalnya, Adibah mengehendaki anak didiknya sudah menghabiskan pelajaran sekolah menengah dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Awie pula hanya membenarkan kaum wanita menjadi anak didiknya kerana hendak memberi peluang kepada kaum wanita memeriahkan muzik rock tempatan yang didominasi kaum lelaki. Bagaimanapun, dilaporkan seramai 15 orang lelaki menghadiri ujibakat Awie tanpa menghiraukan syarat wanita sahaja tersebut, lalu terpaksa diusir oleh mentor tersebut.[2]
Protege & Mentor
(Umur protege dicatat sewaktu pertandingan.)
Kumpulan A
Kumpulan B
- Catatan
- ↑a Mentor-mentor ini terpaksa memilih dua atau lebih orang di ujibakat awal lalu menangguhkan keputusan ke lain hari atau mengadakan ujibakat pusingan kedua untuk menguji mereka sekali lagi.
- ↑b Jaclyn melakukan kelainan dengan menggabungkan Hyrul dan Sani menjadi duo bernama Evo, setelah percaya akan keharmonian nyanyian kedua-dua mereka.
Konsert Pengenalan
Pengenalan Show
Tarikh disiarkan: 3 Mei 2009
Juri professional: Azmeer & Sazlan Mat Adnan
Di akhir rancangan, keenam-enam peserta dibahagi kepada dua kumpulan, maka juri Azmeer dan Sazlan menetapkan bahawa Evo, Chaq dan Fira ditempatkan dalam kumpulan A manakala Black, Thye dan Keena pula di kumpulan B.
Konsert Battle
Battle 1 Show (Group A)
Tarikh disiarkan: 10 Mei 2009
Juri professional: Zainal Abidin & Cat Farish
Battle 1 Show (Group B)
Tarikh disiarkan: 17 Mei 2009
Juri professional: Fauzi Marzuki & Edry KRU
Battle 2 Show (Group A)
Tarikh disiarkan: 24 Mei 2009
Juri professional: Aidit Alfian & Nora Ariffin
Battle 2 Show (Group B)
Tarikh disiarkan: 7 Jun 2009
Juri professional: Adnan Abu Hassan & David Arumugam
Battle 3 Show (Group A)
Tarikh disiarkan: 14 Jun 2009
Juri professional: Johan Nawawi & Fauziah Latiff
Tersingkir: Evo
Battle 3 Show (Group B)
Tarikh disiarkan: 21 Jun 2009
Juri professional: Helen Yap & Liza Hanim
Tersingkir: Keena
Konsert Semifinals
Semifinal 1 Show
Tarikh disiarkan: 28 Jun 2009
Juri professional: Hattan & Syafinaz Selamat
Tersingkir: Thye
Semifinal 2 Show
Tarikh disiarkan: 5 Julai 2009
Juri professional: Jay Jay & Ning Baizura
Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Konsert Grand Finale
Grand Finale Show
Tarikh disiarkan: 12 Julai 2009
Juri professional: Acis, Zainal Abidin & Sheikh Haikel
- Segmen 1
- Segmen 2
- Segmen 3
Tempat Ketiga: Fira (52.3)
Naib Juara: Chaq (52.6)
Juara: Black (75.0)
Rujukan
Pautan luar