Masjid Al-Abrar atau Masjid Bukit Tok Beng merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.[1]
Alamat
- Masjid Al-Abrar,
Kampung Bukit Tok Beng,
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Sejarah
Masjid Al-Abrar dahulunya dikenali sebagai masjid kampung Bukit Tok Beng. Ia telah diasaskan oleh allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri semasa beliau menjadi menteri besar Terengganu pada tahun 1975.
Pada 6 Julai 2014, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pernah menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih di Masjid Al-Abrar.[2]
Pada 10 Ogos 2017, Masjid Al-Abrar menjadi masjid pertama di Terengganu yang memasang panel solar PV.[3]
Pentadbiran
Masjid Al-Abrar memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00040.
Rujukan
Pautan luar