Masjid Kampung Rusila (Jawi: مسجد كامڤوڠ روسيلاcode: ms is deprecated ) atau Masjid Rusila (Jawi: مسجد روسيلاcode: ms is deprecated ) ialah sebuah masjid di Terengganu. Ia terletak di Kampung Rusila dalam daerah Marang. Dalam kawasan masjid ini turut ditempatkan sebuah madrasah bernama Maahad Darul Quran yang diasaskan sejak 1985[1][2] Masjid ini pernah menjadi lokasi penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 1988[3][4] dan 2015.[5]
Masjid Kampung Rusila memiliki nombor pendaftaran masjid MY-11-MRG-00225.[6]
Sejarah
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pernah meluangkan masa menghadiri kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila.[7]
Pada tahun 2020, Menteri Kewangan Malaysia ketika itu, iaitu YB Tengku Zafrul pernah mengunjungi Masjid Rusila ketika dalam pertemuan dengan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.[8]
Pada 9 Mac 2023, lebih 1,000 jemaah menyertai program solat hajat yang diadakan oleh Perikatan Nasional (PN) Terengganu untuk keselamatan negara dan solidariti menentang kezaliman.[9]