Marang
Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di tengah negeri Terengganu, Malaysia. Marang berkeluasan 666 kilometer persegi dan berpusat di Pekan Marang. SejarahSejarah Pentadbiran Daerah Marang telah bermula daripada pemerintahan Sultan Omar (1839-1876) yang diketuai oleh pembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai. Pada tahun 1912, sistem pentadbiran daerah oleh pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai. Pegawai Daerah Marang yang dilantik akan mentadbir kawasan sungai yang merangkumi dalam daerah Marang termasuk Merchang. Pada tahun 1923, ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari tahun 1920 hingga 1942, Pesuruhjaya British iaitu J.L Humphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baharu di mana Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Marang diletakkan dibawah Jajahan Tengah dengan pusatpentadbiran di Kuala Terengganu. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang pesuruhjaya dan dibantu oleh seorang penasihat British dan seorang pegawai daerah. Dari segi kawasan pentadbiran daerah, Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi empat buah mukim sahaja iaitu Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan Merchang. Mulai 1 Januari 1985, Daerah Marang telah diperluas dengan ditambah dua buah mukim baharu iaitu Bukit Payung dan Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran daerah Kuala Terengganu. PentadbiranDaerah Marang ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Marang. Daerah Marang juga dibahagikan kepada enam buah mukim. Terdapat juga dua pekan utama dalam daerah ini. MukimPekanPerwakilan rakyatDaerah Marang meliputi sebuah kawasan persekutuan yang merangkumi empat kawasan negeri; Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Marang ialah seramai 116,605 orang dengan kepadatan penduduk 175 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Marang berbangsa Melayu, seramai 113,154 orang.[4][5]
AgamaDi daerah Marang, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[5] KemudahanTerdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Marang. Terdapat sebanyak 42 buah sekolah di daerah ini;[6]
Daerah Marang juga mempunyai enam buah balai polis, dua balai bomba, tiga klinik kesihatan dan sembilan klinik desa di sekitar daerah. Hentian Bas MarangPembinaan hentian bas berdekatan Masjid Sultanah Nur Zahirah yang menelan belanja RM2 juta itu mula dibina pada tahun 2017 di atas kawasan seluas 0.6 hektar dan siap dibina pada tahun 2019. Ia juga mampu menampung 400 pengguna pada satu-satu masa. Terminal tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 23 April 2019.[7] Parlimen/DUN
Pautan luar
Information related to Marang |