Bandar Permaisuri merupakan pusat komersial dan pentadbiran bagi daerah Setiu, menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli belah atau berurusan dengan institusi kerajaan dan swasta. Bandar ini ditubuhkan setelah pengistiharan daerah Setiu sebagai daerah baru di negeri Terengganu pada tahun 1985 dan secara rasminya dijadikan sebagai ibu daerah kerana kedudukan geografinya berada di kawasan tengah daerah Setiu. Daerah ini ditubuhkan pada 1 januari 1985 hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU. Bandar ini kini menempatkan pejabat dan institusi kerajaan bagi pentadbiran daerah Setiu dengan Putera Jaya yang terletak di selatan bandar ini menjadi bandar satelit untuk penempatan kakitangan kerajaan di daerah Setiu.
Iklim
Kampung Besut yang terletak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu merupakan salah satu kawasan yang terlembap dengan hujan tertinggi di Malaysia di mana melebihi 4,000 mm (160 in). Pada tahun 2009 hujan yang tertinggi dicatakan iaitu 5,606 mm (220.7 in) merupakan antara rekod tertinggi dalam rekod hujan di Malaysia.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah Setiu (Veterinar)
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Setiu(PPNIN)
Jabatan Pengairan Daerah Setiu
Pejabat Agama Daerah Setiu
Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu
Pejabat Risda Daerah Setiu
Pejabat Perikanan Daerah Setiu
Pejabat Penerangan Daerah Setiu
Pejabat Pelajaran Daerah Setiu
Pejabat MARA Daerah Setiu
Pejabat Telekom
Lembaga Pertubuhan Peladang Daerah Setiu
Mahkamah Majistret Setiu
Mahkamah Syariah Setiu
Pejabat Pendaftaran Daerah Setiu
Pejabat Syarikat Air TerengganU (SATU)
Pejabat Kemas Setiu
Pejabat TNB
Yayasan Islam Setiu
Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Pejabat FAMA Daerah Setiu
Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga
Stesen Penguatkuasa JPJ Daerah
TEKUN Nasional
DUN Permaisuri
DUN, N06 Permaisuri merupakan sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri yang terletak di dalam Parlimen Setiu, Terengganu, Malaysia. ADUN Permaisuri kini (sejak 2018 ) ialah YB Abd Halim Jusoh daripada BN.