Manggeris,[a][1] lebih dikenali secara umum dalam bahasa Inggeris sebagai Manglish yang merupakan kata lakuran dari perkataan Malaysian dan English,[2] merupakan sebuah bahasa kreol atau percakapan patois yang menggunakan kerangka asas Bahasa Inggeris, tetapi menyerap pelbagai jenis kosa kata dari pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Hokkien, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Kantonis dan lain-lain, yang merupakan cerminan interaksi antara kaum di Malaysia.[3][4] Ia berbeza daripada bahasa Melayu rojak kerana bahasa dasarnya ialah bahasa Inggeris, dan penuturnya tidak dapat dipastikan boleh berbicara (fasih) dalam bahasa Melayu.
Nota kaki
^Istilah ini adalah terjemahan langsung dari perkataan bahasa Inggeris "Manglish" mengikut prinsip pembentukan kata bahasa Melayu.