Lumut, juga dikenali sebagai Kampung Lumut, ialah sebuah petempatan dalam Mukim Liang, Daerah Belait, Brunei. Ianya merangkumi Kampung Lumut asal serta beberapa petempatan di sekitarnya. Lumut ialah tempat terletaknya Loji Gas Asli Cecair Brunei (bahasa Inggeris: Brunei Liquefied Natural Gascode: en is deprecated atau ringkasnya BLNG),[1] satu-satunya loji gas asli cecair di Brunei.[perlu rujukan]
Geografi
Lumut terletak dalam Daerah Belait, salah satu daerah di Brunei. Lumut merupakan salah satu petempatan utama di kawasan pesisir pantai dengan Laut Cina Selatan; ianya terletak di antara Sungai Liang di sebelah timur dan Seria di sebelah barat.
Lumut merupakan nama umum bagi sebuah kelompok petempatan yang merangkumi Kampung Lumut serta beberapa petempatan di sekitarnya, iaitu:
Petempatan-petempatan tersebut dijadikan sebagai kawasan kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah; mereka adalah kampung-kampung di bawah Mukim Liang.[2][3]
Lumut ialah tempat terletaknya Sekolah Sains dan Kejuruteraan bagi Politeknik Brunei,[5] sebuah institusi pendidikan kerajaan yang menawarkan kursus teknikal dan vokasional peringkat pasca-menengah.
Terdapat juga sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah. Sekolah ini merupakan sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan menengah aliran biasa dan kelulusan akademik Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (bahasa Inggeris: General Certificate of Education Ordinary Levelcode: en is deprecated , biasanya dikenali sebagai O Level).
Lumut juga mempunyai dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Lumut dan Sekolah Rendah Sungai Tali,[6] serta tiga buah sekolah agama iaitu Sekolah Ugama Lumut, Sekolah Ugama Sungai Tali dan Sekolah Ugama Sungai Taring.[7]
Tempat beribadat
Masjid Zainab merupakan masjid bagi kemudahan penduduk Lumut yang beragama Islam bagi melaksanakan sembahyang Jumaat dan aktiviti keagamaan komuniti yang lain.
Rekreasi
Pantai Lumut ialah sebuah pantai yang membarisi kawasan pesisir di Lumut. Sebahagian kawasan pantai tersebut telah dijadikan sebuah taman rekreasi bagi memberi kemudahan orang awam mengadakan aktiviti riadah.[8]
Rujukan
^"Daerah Belait"(PDF). www.information.gov.bn. m/s. 33. Dicapai pada 11 Jun 2018.
^"Daerah Belait"(PDF). www.information.gov.bn. m/s. 31–32. Dicapai pada 11 Jun 2018.
^"postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2018.