Kampung Sungai Bakong ialah sebuah kawasan di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Sungai Bakong ialah KC4535.[2]
Geografi
Kampung Sungai Bakong terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[perlu rujukan] Ia berjiran dengan petempatan Kampung Lumut di bahagian utara, Kampung Sungai Kuru di bahagian timur, Kampung Lumut Tersusun di bahagian tenggara, Perumahan Negara Lumut di bahagian selatan dan Kampung Sungai Taring di bahagian barat.[3]
Pentadbiran
Kawasan Kampung Sungai Bakong secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Sungai Bakong adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[perlu rujukan]
Lihat juga
Rujukan