Kampung Sungai Lalit ialah sebuah kawasan di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Sungai Lalit ialah KC3535.[2]
Geografi
Kampung Sungai Lalit terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[perlu rujukan] Ia berjiran dengan Kampung Agis-Agis di bahagian utara, Kampung Keluyoh di bahagian timur, Kampung Sungai Kang dan Kampung Lumut Tersusun di bahagian barat, dan Kampung Sungai Kuru di bahagian barat laut.[3]
Pentadbiran
Kawasan Kampung Sungai Lalit secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Sungai Lalit adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[perlu rujukan]
Lihat juga
Rujukan