Liga Juara-juara UEFA 2006-07 adalah merupakan edisi ke-52 kejohanan kelab-kelab bola sepak Eropah dan ke-15 di bawah format Liga Juara-Juara UEFA. Final berlangsung diantara Milan dengan Liverpool pada Mei 23, 2007. Sebelum itu, perlawanan dianggap sebagai pengulangan final 2005, perbezaannya hanyalah final 2007 dilangsungkan di Stadium Olimpik Athens di Athens, Greece. Milan memenangi perlawanan 2–1 untuk meraih Piala Eropah ketujuh, dengan kedua-dua gol daripada Filippo Inzaghi. Dirk Kuyt menjaringkan untuk Liverpool.
Pasukan-pasukan yang disingkirkan dalam pusingan ini akan mara ke pusingan pertama Piala UEFA.
1Kelab ini telah layak pada pertandingan UEFA musim ini sebagai ahli Persekutuan Bola Sepak Serbia dan Montenegro semasa musim 2005-06 tetapi pada masa ini sudah menjadi ahli Persekutuan Bola Sepak Serbia yang mana secara rasminya telah menjadi pengganti kepada persatuan bola sepak sebelumnya.[1]
2Disebabkan oleh konflik bersenjata yang berlaku di Israel, UEFA telah membuat keputusan bahawa tiada perlawanan Eropah berlaku di negara berkenaan sehingga notis lain.[2]. The match was played at Lobanovsky Dynamo Stadium in Kiev, Ukraine.[3].
Peringkat kumpulan
Undian bagi peringkat ini telah diadakan pada 24 Ogos, 2006 di Monaco. Perlawanan-perlawanan telah dilangsungkan di sepanjang pada 12 September dan berakhir pada 6 Disember, 2006.
Berdasarkan pada perenggan 4.05 dalam peraturan UEFA untuk musim semasa, sekiranya dua atau lebih pasukan seri dalam mata selepas menamatkan perlawanan kumpulan, kriteria berikut telah diaplikasikan untuk menentukan ranking:
bilangan mata lebih tinggi diperolehi dalam perlawanan kumpulan;
perbezaan gol daripada perlawanan peringkat kumpulan;
jumlah gol yang lebih banyak dijaringkan di tempat lawan dalam perlawanan peringkat kumpulan;
perbezaan gol dalam perlawanan peringkat kumpulan;
bilangan gol yang dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
jumlah mata koefficien yang lebih tinggi dikumpul oleh kelab, begitu juga kelab tersebut selama lima musim.
Semua pusingan kalah-mati adalah pusingan dua leg - kecuali perlawananan akhir. Dalam situasi agregat jaringan adalah sama selepas 90 minit pada leg kedua, pemenang adalah pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol di tempat lawan: Sekiranya jaringan pada kedua-dua perlawanan adalah sama, maka tambahan masa dimainkan. Peraturan gol di tempat lawan juga diaplikasikan di akhir tambahan masa sekiranya tiada gol dijaringkan di akhir perlawanan, maka keputusan akan ditentukan melalui sepakan penalti.
Pengundian bagi peringkat akhir, termasuklah suku akhir, separuh akhir dan akhir, telah diadakan pada hari Jumaat, 9 Mac2007 pada 12:00 CET di Athens, Greece. Pengundian telah dijalankan oleh ad interim CEO UEFA Gianni Infantino, dibantu oleh Friedrich Stickler, pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Kelab UEFA. Theodoros Zagorakis, kapten Greece pada Euro 2004, telah dilantik menjadi duta untuk pertandingan akhir.
Leg pertama telah dilangsungkan pada 3 dan 4 April dengan leg kedua pada 10 dan 11 April, 2007.
Perlawanan akhir berlangsung pada 23 Mei2007 di Stadium Olimpik, Athens. Milan menjaringkan terlebih dahulu melalui Filippo Inzaghi hanya sebelum separuh masa. Inzaghi menjaring sekali lagi pada minit ke-82, sebelum Dirk Kuyt menjaringkan gol sagu hati seminit sebelum perlawanan tamat.