Letusan gusi-lelangit bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʥ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dz\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
Ciri-ciri letusan gusi-lelangit bersuara:
Cara artikulasinya adalah letusansibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.