Konsonan uvular ialah konsonan yang disebut dengan belakang tongue menghampiri atau menyentuh uvula, iaitu lebih di belakang mulut berbanding konsonan velar. Konsonan uvular berupa hentian, geseran, sengauan, getaran, atau malaran tak geser, namun Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) tiada aksara khusus untuk malaran tak geser tersebut, sebaliknya digunakannya aksara geseran bersuara. Konsonan letusan uvular memang boleh dihasilkan tetapi jarang didengar; iaitu di sebilangan loghat Jerman Selatan, dan juga sebilangan kecil bahasa Afrika dan Pribumi Amerika. (Letusan uvular ejektif juga terdapat dalam penghasilan hentian uvular dalam bahasa-baasa Lillooet dan Georgia.)
Berikut ialah konsonan-konsonan uvular yang dikenal pasti oleh :
Bahasa Tlingit yang ditutur di kawasan Alaskan Panhandle ada 10 konsonan uvular:
Uvular dalam bahasa Tlingit
letupan tenuis |
qákʷ |
duri
|
letupan berhenbusan |
qʰákʷ |
bakul
|
hentian ejektif |
qʼakʷ |
pungguk memekik
|
letupan tenuis dibibirkan |
náaqʷ |
sotong kurita
|
letupan berhembusan dibibirkan |
qʷʰáan |
bangsa, puak
|
hentian ejektif dibibirkan |
qʷʼátɬ |
periuk
|
geseran tak bersuara |
χaakʷ |
jari
|
geseran ejektif |
χʼáakʷ |
ikan salmon sockeye air tawar
|
geseran tak bersuara dibibirkan |
χʷastáa |
kanvas, denim
|
geseran ejektif dibibirkan |
χʷʼáaɬʼ |
bulu kapas
|