Lee Poh Ping (simplified Chinese:李宝平; traditional Chinese: 李寶平; 1 April 1942 – 21 November 2016) ialah seorang profesor dan ahli akademik bidang sains politik di Malaysia . Beliau terkenal dengan kerja penyelidikannya di dalam bidang hubungan antarabangsa, sumbangan kepada pembangunan pengajian Jepun di Malaysia, dan memupuk rangkaian ahli akademik di negara ini. [2]
kehidupan awal
Lee dilahirkan di Ipoh, Perak di mana beliau telah bersekolah di Sekolah Inggeris-Cina. Selepas memperolehi kelulusan sijil Senior Cambridge pada tahun 1958, beliau telah pergi menjalani latihan selama dua tahun di Maktab Perguruan Malaya di Brinsford Lodge, Wolverhampton dan kemudiannya menjadi guru sekembalinya ke Ipoh.
Pendidikan
Pada tahun 1967, Lee telah menerima ijazah BA dalam bidang Sejarah dengan kelas pertama dari Universiti Malaya. Pada tahun 1974, Lee telah menerima ijazah PhD dalam bidang pentadbiran kerajaan dari Universiti Cornell di mana beliau telah diselia oleh Benedict Anderson . [3]
Kerjaya
Lee berkerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya dalam Bahagian Pentadbiran Awam. Beliau memperoleh jawatan profesor penuh pada tahun 1992.
Sebagai pakar dalam hubungan antarabangsa, beliau dianggap sebagai seorang pakar rujukan utama mengenai bidang tersebut di Asia Tenggara. Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam menjemput ahli akademik antarabangsa yang terkemuka dari negara-negara yang lebih berkembang seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan Australia untuk berinteraksi dengan ahli akademik di institusi tempat beliau bekerja. Pada tahun-tahun akhir beliau bekerja, beliau banyak menumpukan masanya untuk mengkaji hubungan China-Malaysia di Institut Pengajian China di Universiti Malaya. Beliau adalah seorang penganalisis yang teliti dan arif dalam menggunakan maklumat yang secara konsisten untuk meningkatkan kualiti perbincangan dasar di Negara Malaysia dan Asia Tenggara.
Lee merupakan presiden untuk Persatuan Pengajian Jepun Malaysia (MAJAS) dari tahun 1998 sehingga tahun 2014. Beliau juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) pada tahun 2001 dan 2003.
Anugerah
Pada tahun 2010, beliau telah dianugerahkan Order of the Rising Sun dari Maharaja Jepun sebagai pengiktirafan penyelidikan penting beliau mengenai hubungan luar Jepun. Anugerah tersebut telah diberikan ,melalui Duta Besar Jepun ke Malaysia ketika itu, Masahiko Horie. [4][5]
Kehidupan peribadi
Lee telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 November tahun 2016 selepas terjatuh. [6] Beliau masih berkhidmat dengan Universiti Malaya sebelum beliau meninggal dunia dengan memegang jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan di Institut Pengajian China.
Penerbitan Utama
Chinese Society in Nineteenth Century Singapore. Oxford University Press. 1978. ISBN0195803841.
Lee Poh Ping; Lim Chee Peng, penyunting (1979). The role of Japanese direct investment in Malaysia. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN9789814376594.
Lee Poh Ping; Tham Siew Yean; T.Yu, George, penyunting (2006). The Emerging East Asian Community: Security and Economic Issues. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN9679427641.
Lee Poh Ping; Othman, Norani; Tham Siew Yean, penyunting (2008). Community in ASEAN: Ideas & Practices. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN9789679428667.
Lee Poh Ping; Nasrudin, Mohamad, penyunting (2009). Japanese Relations With Asean Since The Fukuda Doctrine. University of Malaya. ISBN9789675148453.
Ngeow, Chow-Bing; Kuik, Cheng-Chwee, penyunting (2018). Rising China, Resilient Japan, Resourceful ASEAN: Selected Writings of Lee Poh Ping on East Asian International Relations. Strategic Information and Research Development Centre. ISBN9789672165187.
Wong, Danny; Cheong, Kee-Cheok; Lee, Kam-Hing, penyunting (2018). The Chinese Overseas in Malaysia in an Era of Change. University of Malaya. ISBN9789834880125.