Kodeina ialah alkaloid yang dijumpai di dalam candu dalam kepekatan antara 0.7% dan 2.5%. Kebanyakan kodeina yang digunakan di Amerika Syarikat diproses daripada morfina melalui proses pemetilan.
Kodeina yang diambil akan ditukarkan kepada morfina di dalam hati. Walau bagaimanapun, morfina tersebut tidak dapat digunakan, memandangkan 90% daripada kodeina yang diambil akan dimusnahkan dalam usus kecil (rembesan dari hati) sebelum berjaya memasuki saluran darah. Oleh itu, kodeina seolah-olah tidak berkesan ke atas penggunanya, namun kesan sampingan seperti analgesia, sedasi, dan kemurungan pernafasan masih terasa.
Kodeina digunakan sebagai penahan sakit sederhana. Selalunya, kodeina dibuat dalam bentuk pil atau cecair dan boleh diambil sama ada secara sendirian atau secara gabungan dengan kafeina, aspirin, asetaminofen, atau ibuprofen. Kodeina sangat berkesan untuk meredakan batuk.
^ ab"Codeine". The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2016. Dicapai pada 5 Januari 2016.
^Shen H, He MM, Liu H, Wrighton SA, Wang L, Guo B, Li C (August 2007). "Comparative metabolic capabilities and inhibitory profiles of CYP2D6.1, CYP2D6.10, and CYP2D6.17". Drug Metabolism and Disposition. 35 (8): 1292–1300. doi:10.1124/dmd.107.015354. PMID17470523. S2CID2322678.