Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 – Pusingan Keempat CONCACAF
Dalam KelayakanPiala Dunia FIFA 2014Pusingan Keempat CONCACAF, Amerika Syarikat, Costa Rica dan Honduras menduduki tiga tempat teratas dan layak ke Piala Dunia 2014. Mexico yang menduduki tempat keempat mengalahkan New Zealand dalam play-off antara konfederasi untuk mendapat tempat dalam Piala Dunia. Mexico berhasil menduduki tempat keempat di depan Panama setelah Amerika Syarikat menjaringkan dua gol menentang Panama pada masa kecederaan dalam perlawanan terakhir kelayakan; setelah Panama yang pada waktu itu mendahului 2-1, menjangkakan mereka akan menduduki tempat keempat sekaligus menyingkirkan Mexico, yang telah layak ke lima Piala Dunia sebelum ini, namun akhirnya mereka tersingkir akibat dari 2 gol lewat pasukan Amerika Syarikat itu.[1]
Format
Pusingan keempat menyaksikan tiga juara kumpulan dan tiga naib juara kumpulan dari pusingan ketiga bersaing dalam satu kumpulan enam pasukan.[2] Peringkat ini dirujuk sebagai Hexagonal atau Hex, dan telah digunakan oleh CONCACAF untuk menentukan peserta pusingan akhir Piala Dunia sejak kejohanan kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 1998.
Wakil dari enam persatuan kebangsaan bertemu bersama-sama pada 19 Oktober 2012, tetapi tidak dapat bersetuju mengenai jadual untuk pusingan keempat.[3] Undian untuk perlawanan telah dijalankan oleh CONCACAF dan FIFA pada 7 November 2012, di Pantai Miami, Florida.[4][5]
^Perlawanan Jamaika v Mexico pada 18 Jun telah dipindahkan ke 4 Jun untuk membolehkan Mexico untuk mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2013.[5]