Laman ini menyediakan ringkasan dari perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 untuk Pusingan Pertama AFC.
Dalam pusingan ini pasukan kedudukan 6-24 telah disediakan secara rawak menentang pasukan kedudukan 25-43 dan undian berlangsung pada 6 Ogos 2007 di Rumah AFC di Kuala Lumpur, Malaysia. Pasukan kedudukan 1-5 mendapat 'bye' ke pusingan ketiga.
Perlawanan telah diadakan antara 8 Oktober 2007 dan 30 Oktober 2007. 11 pasukan kedudukan tertinggi (mengikut pengagihan pusingan pertama) antara 19 pemenang mara ke pusingan ketiga daripada kelayakan Asia, manakala lapan baki pasukan mara ke pusingan kedua pada November 2007.
Ringkasan
- ↑ Untuk alasan keselamatan, Iraq bermain perlawanan tuan rumah mereka di Syria, Palestin bermain perlawanan tuan rumah mereka di Qatar dan Afghanistan bermain perlawanan tuan rumah mereka di Tajikistan.[1]
- ↑ Bhutan menarik diri.[2]
- ↑ Guam menarik diri.[3]
- ↑ FIFA membuat keputusan untuk memindah perlawanan tuan rumah Myanmar ke Malaysia.[4]
- ↑ Timor-Leste dipilih untuk bermain perlawanan tuan rumah mereka di Indonesia.
- ↑ Palestin gagal hadirkan diri; Singapura diberi kemenangan 3–0. Persekutuan Bola Sepak Palestin merayu perlawanan dijadual semula atas alasan pemain mereka tidak menerima permit untuk meninggalkan Tebing Barat, tetapi FIFA menolak rayuan.[5]
Perlawanan