Kampung Bugis merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuantan, dalam negeri Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Kampung Bugis berada dipinggiran bandar Kuantan yang mengadap Laut China Selatan, kampung ini juga hampir dengan pusat rekreasi pantai yang terkenal di Malaysia iaitu Teluk Chempedak dengan jarak perjalanan lebih kurang 5.8km dan terdapat juga Pantai Beserah berhampiran Kampung Bugis iaitu tempat nelayan tempatan menurunkan hasil laut.
Kemudahan asas
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Beserah, Pusat Asuhan Kanak-kanak dan Pusat Tahfiz berada dalam lingkungan Kampung Bugis. SK Beserah antara sekolah terawal dibuka iaitu pada tahun 1906, diikuti sekolah lain seperti SRJK (C) Kong Min, SMK Pelindung dan SK Pelindung yang terletak lebih kurang 1.5km dari Kampung Bugis.
Fasiliti
Terdapat kemudahan kedai runcit, pasar basah kecil, kedai motosikal, kedai basikal Neo Cycle, kedai makan dan pejabat Pos Malaysia terletak tidak jauh dari Kampung Bugis.
Tempat beribadat
Poskod
Poskod yang digunakan di Kampung Bugis, Kuantan, Pahang adalah 26100.[1]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Daerah | | |
---|
Bandar | |
---|
Pulau | |
---|
Kampung | |
---|
Bandar baru | |
---|
Zon Khas | |
---|
Bahagian pilihan raya | |
---|