Pulau Tioman

Pulau Tioman
ڤولاو تياومن
Pulau Tioman ڤولاو تياومن yang terletak di Malaysia
Pulau Tioman ڤولاو تياومن
Pulau Tioman
ڤولاو تياومن
Geography
LokasiLaut China Selatan
Koordinat2°49′N 104°11′E / 2.817°N 104.183°E / 2.817; 104.183Koordinat: 2°49′N 104°11′E / 2.817°N 104.183°E / 2.817; 104.183
Pentadbiran
Demografik
Penduduk432
Pemandangan dari Teluk Panuba
Bukit di selatan Pulau Tioman
"Paulo Tymon", Nieuhof: Ambassade vers la Chine, 1665
Pulau Tioman dipotret dari arah timur jarak 7 mil laut

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di Rompin, Pahang, Malaysia. Ia terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Pulau Tioman dibuka sepanjang tahun. Pusat peranginan tidak akan ditutup bila hujung tahun. Untuk lebih tepat, Pulau Tioman adalah terletak di negeri Pahang.

Pelancong

Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini pada tahun 1998 ialah 800-1200 orang. Antara pelancong yang mengunjungi pulau ini berasal dari Jerman, Perancis, Itali, England, Singapura dan lain-lain negara. Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Pada tahun (2009) anggaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini mencecah 30,000 - 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari Eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kampung Salang. Antara resort popular di Kampung Salang ialah Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman, kebanyakan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.

Sejarah

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar menjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.

Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[2]

Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.

Alam semula jadi

Kawasan laut di sekitar Pulau Tioman dan lapan pulau terdekat yang lain telah diisytiharkan sebagai taman laut dan rizab laut.[3]

Selain kehidupan lautnya yang rencam, kawasan hutan hujan di pedalaman telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Hidupan Liar Pulau Tioman pada 1972. Namun, sebahagian besar kawasan asal hutan simpan ini telah dikorbankan untuk pembangunan pertanian dan pelancongan pada 1984; kawasan yang tinggal kini adalah sekitar 8,296 hektar (20,500 ekar). Terdapat beberapa spesies mamalia yang dilindungi di pulau ini, termasuk binturung, kera, kongkang, tupai kerawak hitam, tupai terbang gergasi merah, pelanduk, landak batu dan musang pulut, daripada sejumlah 45 spesies mamalia dan 138 spesies burung, termasuk burung simbang yang megah.[3] Selain itu, Pulau Tioman mempunyai spesies yang endemik di kawasannya. Keli batu (Clarias batu) boleh dilihat semasa berjalan di hutan hujan. Katak serasah Kajang pula diketahui hanya ada di Gunung Kajang.[4]

Taman Laut Pulau Tioman menempatkan tiga ekosistem laut: terumbu karang, padang rumput laut dan hutan bakau. Terumbu karang di sini menempatkan 350 spesies karang skleraktinia daripada 67 genus, termasuk tiga spesies terancam (Alveopora minuta, Isopora togianensis dan Pectinia maxima), 86 spesies terjejas dan 85 spesies hampir terancam.[5] Terdapat juga 326 spesies ikan terumbu karang daripada 55 keluarga, termasuk spesies yang terancam seperti maming tokak, spesies terjejas seperti yu sirip hitam, yu cicak tembaga, yu semilang, kerapu harimau, kerapu sunuh ekor pepat, pari karan belangkas dan pari ketuka Jenkin, serta spesies hampir terancam seperti ketarap bintik hitam dan bayan bower.[6] Selain itu, terdapat 76 takson makroalga bentik.[7] Padang rumput laut di pulau ini menyokong tiga spesies rumput laut dan boleh ditemui berhampiran Kampung Air Batang, Kampung Genting, Teluk Nipah, Teluk Mukut, dan kawasan antara Japamala Resort dan Pasir Cina.[8][9] Hutan bakau yang meliputi kawasan seluas 59.90 hektar menyokong 23 spesies bakau termasuk satu spesies kacukan baharu, satu spesies terancam (Heritiera globosa) yang terdapat berhampiran Kampung Genting dan Kampung Juara, serta dua spesies hampir terancam (Ceriops decandra dan Sonneratia ovata) yang boleh ditemui berhampiran Kampung Juara.[perlu rujukan]

Gugusan pulau

Terdapat 8 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :

Kampung

Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman. Antaranya ialah:

Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut China Selatan manakala yang lain menghadap daratan Semenanjung Malaysia.

Penduduk Pulau Tioman

Pada tahun 1987, terdapat 1564 orang penduduk. Bilangan rumah di sini ialah sebanyak 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman ialah seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai dengan bilangan penduduk sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah mereka menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.

Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakan pelancong yang datang ke sini ialah betul. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang.

Seorang pelancong Jerman menyatakan bahawa telah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau yang tercantik dan menarik.

Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah daratan. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu pergi ke Mersing. Seorang perempuan di sini menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.

Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau. Mereka cenderung kepada dialek Pahang lawan bahasa Darat, dialek yang dituturkan di pulau Tioman mirip dengan bahasa melayu kepulauan Riau Indonesia yang dituturkan di Pulau Natuna dan Anambas yang berhampiran. Ramai juga yang telah menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran-restoran di sini ialah dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran dan gerai di Pulau Tioman kerana kebanyakannya dibuka pada sebelah petang dan malam.

Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama menjadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemudian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.

Pelancong yang hendak datang ke sini bolehlah menginap di hotel atau di chalet. Antaranya ialah Tioman Island Resort.

Di Pulau Tioman terdapat sistem tadahan air hujan semulajadi dimana di gunakan di beberapa buah kg di sana. Kebanyakan rumah menggunakan air bukit untuk kegunaan harian. erdapat juga beberapa batang anak sungai.

Badan Bukan Kerajaan

Projek Pemuliharaaan Penyu Pantai Juara atau dikenali sebagai Juara Turtle Project.
Projek Pemuliharaaan Penyu Pantai Juara merupakan salah satu inisiatif sukarelawan penyu laut dan pemuliharaan alam sekitar untuk mendidik penduduk tempatan dan juga memelihara semula penyu yang hampir pupus di kawasaan berkenaan.
Ia kerupakan hasil kerja sama dengan warga dari pelbagai pelusuk dunia dan rakyat tempatan.

Cuaca

Musim tengkujuh merupakan musim senyap. Ombak tinggi pula datang dari Laut China Selatan. Tiada aktiviti pelancongan pada bulan Disember, Januari, dan Februari. Ombaknya mencapai ketinggian 5 meter dan boleh menenggelamkan bot.

Perancangan

Kerajaan Pusat bercadang hendak menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau bebas arak mulai bulan Ogos 2002 melalui Lembaga Pembangunan Tioman. Seluruh Pulau Tioman adalah tanah rizab Melayu. Seluruh penduduk Tioman adalah orang Melayu. Jika ekonomi Pulau Tioman hendak berkembang lebih pesat, cadangan kerajaan ini patut digalakkan. Barangkali kerajaan akan bertindak bijak bagi memastikan orang Melayu khususnya di Pulau Tioman menikmati faedah setelah pulau ini dijadikan pulau bebas cukai.

Beberapa projek jutaan ringgit akan dilaksanakan seperti:

  • Menaik taraf jeti di Kampung Tekek dan Kampung Mukut
  • Sistem pelupusan sampah
  • Sistem kumbahan di seluruh Tioman
  • Penempatan semula penduduk.
  • Sistem bekalan air ke Kampung Tekek, Salang dan Genting - RM5 juta

Rujukan

  1. ^ a b "Pulau Tioman". Dicapai pada 19 October 2013.
  2. ^ Buku Google.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Abdul
  4. ^ Stuart, Simon (2006). "Leptolalax kajangensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2006: e.T61840A12566282. doi:10.2305/IUCN.UK.2006.RLTS.T61840A12566282.en. Dicapai pada 27 Disember 2017.
  5. ^ Akmal, K. F., Shahbudin, S., Faiz, M. H. M., et al. (2019). Diversity and Abundance of Scleractinian Corals in the East Coast of Peninsular Malaysia: A case Study of Redang and Tioman Islands. Ocean Sci. J. 54, 435-456. https://doi.org/10.1007/s12601-019-0018-6
  6. ^ Yusri, Y., Affendi, Y. A. and Rosman A. (2008). Coral reef fishes of Pulau Tioman Marine Park. In Natural History of the Pulau Tioman Group of Islands, Phang et al. (eds.), p. 73-96.
  7. ^ Zainee, N. F. A. and Effendi, M. T. (2017).Diversity Assessment on Malaysian Benthic Macroalgae in Tioman Island and Tulai Candang Island, Pahang. Proceedings of WRL International Conference, Melbourne, Australia, 4th-5th March 2017, ISBN 978-93-86291-88-2 https://www.worldresearchlibrary.org/up_proc/pdf/707-149120433623-27.pdf
  8. ^ Noraini M. T. and Tan W. H. (2008). Tourist carrying capacity on Pulau Tioman an ecological and social perspective. In Natural History of the Pulau Tioman Group of Islands, Phang et al. (eds.), p. 99-122.
  9. ^ Reef Check Malaysia. (2020). Tioman as a Sustainable Tourism Destination. 13p. https://static1.squarespace.com/static/5c9c815e348cd94acf3b352e/t/5ed0c81510c5fb45a5511b26/1590741173144/Tioman+as+a+Sustainable+Tourism+Destination.pdf
  • Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Kampung Tekek, Tioman. Dewan Bahasa dan Pustaka, Jilid 2, 1998.

Pautan luar