Isoleusina (Ile atau I)[1] ialah suatu asid α-amino yang digunakan dalam biosintesisprotein. Rantai sisi isoleusina ialah sejenis hidrokarbon bercabang, yakni satu atom karbon bercantum dengan tiga atom karbon lain. Ia sebuah asid amino alifatik tak berkutub dan tak bercas. Ia merupakan sejenis asid amino perlu bagi manusia, yakni ia tidak dapat dihasilkan badan, dan mesti diperoleh dari luar (dari pemakanan). Isoleusina dapat dihasilkan daripada piruvat dengan enzim penghasil leusina daripada organisma lain seperti bakteria.[2] Selain fungsi nutrien, isoleusina juga ditemui berfungsi dalam kawal atur metabolisme glukosa.[3]
^Kisumi M, Komatsubara S, Chibata I (July 1977). "Pathway for isoleucine formation form pyruvate by leucine biosynthetic enzymes in leucine-accumulating isoleucine revertants of Serratia marcescens". Journal of Biochemistry. 82 (1): 95–103. doi:10.1093/oxfordjournals.jbchem.a131698. PMID142769.