Hidrogen klorida ialah satu sebatian kimia dengan formulaHCl. Dalam suhu bilik, ia adalah sejenis gas tidak berwarna yang membentuk wasap asid hidroklorik berwarna putih apabila bersentuhan dengan kelembapan atmosfera. Gas hidrogen klorida dan asid hidroklorik penting dalam teknologi dan industri. Asid hidroklorik, larutan akueus hidrogen klorida, juga biasanya diberikan formula HCl.
Kimia
Hidrogen klorida ialah molekul dwiatom yang terdiri daripada satu atomhidrogen dan satu atom klorin. Oleh kerana atom klorin lebih elektronegatif daripada atom hidrogen, ikatan kovalen antara kedua-duanya adalah agak berkutub. Oleh itu, molekul ini mempunyai momen dwikutub yang besar dengan cas separa negatif δ- pada atom klorin dan cas separa positif δ+ pada atom hidrogen. Disebabkan kekutuban tingginya, HCl adalah sangat boleh larut dalam air (dan dalam pelarut berkutub lain).