Asid fosforik (juga asid ortofosforik) merupakan sejenis asidtak organik dengan formula kimiaH3PO4. "Asid fosforik" juga boleh merujuk kepada bahan kimia atau bahan uji yang mengandungi asid-asid fosforik, biasanya asid ortofosforik.
Ciri kimia
Asid fosforik merupakan molekul yang sangat berkutub, dan sangat larut dalam air. Keadaan pengoksidaan atom fosforus dalam asid fosforik ialah +5, manakala keadaan pengoksidaan oksigen ialah -2 dan hidrogen +1. Asid fosforik ialah asid triprotik dan mampu mengalami penceraian tiga kali, melepaskan ion H+ setiap kali, yang bergabung dengan molekul air:
Disebabkan penceraian triprotik, bes konjugat yang meliputi julat pH yang luas, serta sifat asid fosforik yang bukan toksik, asid fosforik sering digunakan sebagai agen penimbal atau untuk menghasilkan larutan penimbal.
Rujukan
^
Christensen, J. H. and Reed, R. B. (1955). "Design and Analysis Data—Density of Aqueous Solutions of Phosphoric Acid Measurements at 25 °C". Ind. Eng. Chem. 47 (6): 1277–1280. doi:10.1021/ie50546a061.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^
Edwards, O. W.; Dunn, R. L. and Hatfield, J. D. (1964). "Refractive Index of Phosphoric Acid Solutions at 25 C.". J. Chem. Eng. Data. 9 (4): 508–509. doi:10.1021/je60023a010.CS1 maint: multiple names: authors list (link)