Asid fulminik ialah sebatian kimia dengan formula molekul HCNO. Garam peraknya telah ditemui pada tahun 1800 oleh Edward Charles Howard dan kemudian telah dikaji oleh Justus von Liebeg pada tahun 1824. Ia merupakan asid organik dan isomer kepada asid isosianik yang garam peraknya telah ditemui setahun kemudian oleh Friedrich Woehler.[1][2] Asid fulminik bebas telah diasingkan buat kali pertama pada tahun 1966.[3]
Asid fulminik dan garam-garamnya (fulminat) seperti raksa fulminat adalah sangat berbahaya dan selalunya digunakan sebagai peledak bagi bahan mudah meletup lain, dan adalah contoh bagi bahan letupan utama. Wapnya juga beracun.
Lihat juga
Rujukan