Makanan ini mula-mula muncul di Bandar New York pada tahun 1890-an, dan beberapa kawasan (contohnya Tenggara Michigan) di bawah nama home fries. Dalam sesetengah budaya, hash browns boleh merujuk kepada mana-mana penyediaannya, sementara di yang lain, ia merujuk kepada penyediaan tertentu. Ia makanan sarapan lazim di Amerika Utara lagi-lagi secara digoreng atau digril.[2]
Di beberapa bahagian di Amerika Syarikat, hash browns khusus merujuk kepada kentang goreng yang diracik atau dicincang dan dianggap sebagai makanan sarapan, sementara kentang dipotong dadu atau kiub dan digoreng juga merupakan hidangan sampingan yang disebut kentang goreng atau kentang goreng rumah (meskipun banyak variasi kentang goreng rumah dimasak separuh sebelum menggoreng). Sesetengah resipi menambah bawang dadu atau dicincang.[2]
Hash browns adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang dijual bentuk sejuk, beku[3][4] dan bentuk kering.
Sejarah
Pada asalnya, nama penuh hidangan itu adalah "hashed brown potatoes" (atau "kentang hancur perang"), di mana disebutkan mula-mula dahulu oleh pengarang makanan Amerika Maria Parloa (1843-1909) dalam Companion Kitchen 1887, di mana dia menggambarkan hidangan "kentang hancur dan diperangkan" sebagai campuran goreng kentang rebus sejuk yang dilipat "seperti telur dadar" sebelum disaji.[5] Nama itu secara beransur-ansur dipendekkan kepada 'kentang hash brown'.[6]
Persediaan
Seorang chef boleh menyediakan hash browns dengan membentuk kentang racik menjadi patti sebelum digoreng dengan bawang (kelembapan dan kanji kentang boleh mengikat tanpa pecah); walau bagaimanapun, jika agen pengikat ditambah (telur atau minyak sebagai contoh), penyediaan sedemikian merupakan lempeng kentang. Hash browns beku kadang-kadang dijadikan bentuk patti untuk memudahkan pengendalian, dan bentuk padat seta leper agar boleh dimasak dalam pembakar atau pemanggang roti. Jika hidangan hash browns menggabungkan daging cincang, lebihan makanan, atau sayur-sayuran lain, ia lebih sering dirujuk sebagai hash.[2]