Krebs dilahirkan di Hildesheim, Jerman, sebagai anak tengah kepada Georg Krebs - pakar bedahu telinga, hidung dan tekak - dan Alma Krebs (nama akhir asal Davidson).
Hans dikerahkan ke dalam Tentera Darat Empayar pada September 1918 menghampiri penghujung Perang Dunia Pertama, ketika beliau sedikit lagi hendak menghabiskan persekolahannya. Hans dibenarkan mengambil suatu peperiksaan kecemasan untuk ijazah sekolah tinggnya, di mana beliau mendapat skor yang agak tinggi sehingga disyaki para pengawal peperiksaan.[9]
Kerjaya
Kehidupan Hans sebagai seorang saintis yang dihormati terhenti sewaktu kebangkitan Hitler pada tahun 1933 yang berkuasa, di mana pemerintahan Adolf mengenakan undang-undang yang memutuskan pelucutan semua bukan orang Jerman, dan anti-Nazi, dari pekerjaan profesional mereka; termasuklah Krebs yang berketurunan Yahudi. Krebs menerima surat pemecatan rasmi beliau dari pekerjaannya pada bulan April 1933, dan perkhidmatan telah ditamatkan pada 1 Julai 1933. Frederick Gowland Hopkins dari Universiti Cambridge segera datang menyelamatkan beliau dengan meyakinkan universiti tersebut untuk merekrut Krebs bekerja bersamanya dalam Jabatan Biokimia universiti itu.[10]Krebs menetap di Cambridge pada Julai 1933 dengan sokongan kewangan dari Yayasan Rockefeller. Dia dilantik sebagai Demonstrasi dalam biokimia pada tahun 1934. Pada tahun 1935, Universiti Sheffield menawarkannya suatu kerusi Pensyarah Farmakologi, dengan kemudahan makmal yang lebih luas serta gaji yang lebih banyak - beliau bekerja di sana selama 19 tahun. Universiti Sheffield membuka sebuah Jabatan Biokimia (kini Jabatan Biologi Molekul dan Bioteknologi) pada tahun 1938 di mana Krebs menjadi Ketua pertamanya, dan akhirnya seorang Profesor pada tahun 1945.
Krebs meninggal dunia pada 22 November 1981 di Oxford.[11]
Rujukan
^Kornberg, H.; Williamson, D. H. (1984). "Hans Adolf Krebs. 25 August 1900 – 22 November 1981". Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. 30: 350–385. doi:10.1098/rsbm.1984.0013.
^Weber, George (2001). "Sir Hans A. Krebs Centenary Lecture: cancer and clinical targeting". Advances in Enzyme Regulation. 41 (1): 1–29. doi:10.1016/S0065-2571(00)00026-1. PMID11417529.
^Gibbons, Marion Stubbs, Geoff (2000). "Hans Adolf Krebs (1900–1981)...His Life and Times". IUBMB Life (International Union of Biochemistry and Molecular Biology: Life). 50 (3): 163–166. doi:10.1080/152165400300001462.
^Leigh, F W (2009). "Sir Hans Adolf Krebs (1900–81), pioneer of modern medicine, architect of intermediary metabolism". Journal of Medical Biography. 17 (3): 149–154. doi:10.1258/jmb.2009.009032. PMID19723965.