Sungai Danube yang sepanjang 2,850 kilometer mengalir merentasi bahagian utara satu pertiga kawasan negara ini. Sebahagian sungai ini sepanjang 588 kilometer membentuk sempadan antara Croatia dan sebahagian Romania.
Sungai Sava yang membentuk sempadan selatan provinsi Vojvodina mengalir masuk ke Sungai Danube di Belgrade tengah, dan melangkau bukit-bukit Fruška Gora di barat.
Sungai Tisza yang terletak enam puluh kilometer di timur laut Belgrade mengalir masuk ke Sungai Danube dan menamatkan pengalirannya sepanjang 1,350 kilometer dari Ukraine.
Sungai Tamis (60 km/350 km) yang sebahagiannya boleh dilayari mengalir masuk ke Sungai Danube berhampiran dengan Pancevo.
Sungai Begej (254 km) mengalir masuk ke Sungai Tisza berhampiran dengan bandar Titel.
Kesemua lima sungai ini boleh dilayari, dan menghubungkan negara ini dengan:
Iklim Serbia berbeza-beza antara iklim kebenuaan di utara, dengan iklim yang lebih Adriatik di selatan. Iklim kebenuaannya di utara mempunyai musim sejuk yang betul-betul sejuk, dan musim panas yang panas dan lembap, dengan pola hujan yang agak seragam, manakala iklim di selatan mempunyai musim panas dan musim bunga yang panas dan kering, serta musim sejuk dan musim luruh yang agak sejuk, dengan salji yang lebat di kawasan pedalaman.
Perbezaan-perbezaan ketinggian, kehampiran dengan Laut Adriatik dan lembangan-lembangan yang besar, serta juga pendedahkan kepada angin menyebabkan perbezaan iklim. [1]Vojvodina mempunyai iklim kebenuaan yang tipikal, dengan jisim-jisim udara dari Eropah Utara dan Barat yang membentuk profil iklim. Bagaimanapun, Banjaran Alp Dinarik menyumbangkan kepada penyejukan sebahagian besar jisim-jisim udara yang hangat. Serbia Selatan dan Tenggara dipengaruhi oleh Laut Mediterranean, manakala musim-musim sejuk di Sandžak adalah agak teruk, akibat keberadaan gunung-gunung yang mengelilingi penara. [2]
Antara tahun-tahun 1961–90, suhu udara tahunan purata di kawasan-kawasan Serbia, mengikut ketinggiannya, adalah seperti yang berikut: