Laut Utara

Laut Utara
LokasiLautan Atlantik
Koordinat56°N 03°E / 56°N 3°E / 56; 3 (North Sea)Koordinat: 56°N 03°E / 56°N 3°E / 56; 3 (North Sea)
JenisLaut
Aliran masuk utamaLaut Baltik, Elbe, Weser, Ems, Rhine/Waal, Meuse, Scheldt, Spey, Don, Dee, Tay, Forth, Tyne, Tees, Humber, Thames
Negara lembanganNorway, Denmark, Jerman, Belanda, Belgium, Perancis dan United Kingdom
Kemasinan3.4 to 3.5%
RujukanSafety at Sea dan Royal Belgian Institute of Natural Sciences

Laut Utara ialah laut yang terdapat di Lautan Atlantik. Ia terletak di antara Norway dan Denmark di sebelah timur, United Kingdom (England dan Scotland) di sebelah barat, dan Jerman, Belanda, Belgium dan Perancis di sebelah selatan.

Sungai-sungai utama yang menyaliri masuk ke Laut Utara termasuklah Sungai Forth (di Edinburgh), Elbe (di Cuxhaven), Weser (di Bremerhaven), Sungai Ems di Emden, di Rhine dan Sungai Meuse (di Rotterdam), Sungai Scheldt (di Flushing), Sungai Thames, dan Sungai Humber (di Hull).

Terusan Kiel, salah satu laluan air tersibuk di dunia menyambungkan Laut Utara dengan Laut Baltik.

Penamaan

Namanya berasaldaripada hubungan negeri-negeri Frisia. Mereka tinggal di sebelah selatan Laut Utara, dan disebelah barat laut Utara (Oostzee, Laut Baltik), bekas Laut Selatan (Zuiderzee, sekarang IJsselmeer) dan laut namanya sekarang Laut Tengah (Middelzee).

Pada masa silam laut-laut juga disebut sebagai Oceanum- atau Mare Germanicum, yang bermaksud Lautan Jerman atau laut. Nama ini seringkali digunakan dalam Bahasa Inngeris dan bahasa-bahasa lain bersama-sama dengan nama Laut Utara, sehinggalah pada awal kurun ke-18. Semasa akhir kurun ke-19, Lautan Jerman amat jarang digunakan bahkan di Jerman sendiri. Dalam Bahasa Denmark Laut Utara juga dinamakan Vesterhavet (selain daripada Nordsøen), bermakna Lautan Barat kerana ia terletak di barat Denmark.

Sejarah

Lantai Laut Utara membentuk dua kawah, kawah yang utama terletak di utara di antara Frisia dan Norfolk. Kawah disebelah selatan jika tidak dipenuhi air maka tidak akan mengalir ke arah Selat Dover terus ke Selat Inggeris.

Banjir yang berlaku pada tahun 1953 menyebabkan 2,000 orang mati di Belanda dan United Kingdom.

Sumber-sumber asli

Di sini terdapatnya sumber petroleum dan gas asli di bawah dasar lautnya: lihat Minyak Laut Utara.

Lihat juga

Rujukan

Pautan Luar