BONIA merupakan syarikat peruncit fesyen berkualiti yang berpangkalan di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 700 cawangan jualan dan 70 butik di seluruh Asia. Ia memasarkan kasut, barangan kulit dan aksesori. Ia juga terlibat dalam aktiviti pengeluaran.
Sejarah
1974: Kelahiran syarikat
Syarikat ini ditubuhkan oleh Encik S.S.Chiang iaitu seorang Pengerusi Eksekutif yang memulakan perniagaan dalam merekabentuk, pembuatan dan pemborongan barangan kulit di Singapura.
1990-kini: Pengembangan dan Penyenaraian
BONIA mengembangkan sayap perniagaan ke Indonesia, Hong Kong, Brunei dan Taiwan. BONIA juga aktif untuk mengambil bahagian dalam Pameran Perdagangan Kulit Antarabangsa di Jerman, Itali, Timur Tengah, Hong Kong dan Singapura. Ia disenaraikan di KLCI Bursa Malaysia sebagai bursa kedua pada tahun 1994 dan kemudian telah dipindahkan ke Main Board Bursa Malaysia. Jenama ini berkembang ke Syria pada tahun 2009 dan dengan cawangan utama yang terletak di Aleppo dan Damsyik.
Bilangan kedai
Lihat juga
Rujukan