Severity: Notice
Message: Undefined offset: 1
Filename: infosekolah/leftmenudasboard.php
Line Number: 33
Line Number: 34
Body Language (2003) merupakan album penyanyi Australia, Kylie Minogue, album kesembilan beliau.
Body Language gagal menyaingi kecemerlangan album terdahulu Fever, namun ia masih dapat menempatkan dalam antara lima terbaik di beberapa buah negara. Ia dijual sekitar 2 juta unit di seluruh dunia dan mendapat double platinum di Australia, terjual kira-kira 140,000 salinan, dan mendapat platinum di UK, terjual kira-kira 350,000 salinan. Turut mendapat pengiktirafan emas di Switzerland, Austria dan New Zealand.
"Body Language" merupakan album studio kesembila Minogue dan yang ketiga dilancarkan oleh Parlophone Records. Judul ini diambil dari salah satu baris lirik lagi "Slow" yang juga merupakan single pertama album ini. Album ini dirakamkan pada musim panas tahun 2003 di United Kingdom, Ireland dan Sepanyol. Minogue bekerjasama dengan beberapa individu yang pernah bekerja dengannya sebelum ini seperti Richard Stannard, Julian Gallagher, Cathy Dennis, Johnny Douglas, dan Karen Poole, serta Emiliana Torrini dan Mr. Dan.
Di "Money Can't Buy" pada 15 November 2003 yang berlangsung di Teater Apollo, Minogue mempersembahkan tujuh lagu dari album ini disamping beberapa lagu dari album terdahulu. Pada Julai 2004, rakaman persembahan konsert ini dijual dalam bentuk DVD.
Untuk versi Australia dan Jepun, lagu bonus, "Slo(w) Motion" dimasukkan ke dalam album ini. Jepun juga menerima bonus kedua iaitu lagu "You Make Me Feel".
Berikut adalah mereka yang terbabit dalam Body Language:[10]