Untuk setiap rangkap, buku ini memasukkan skrip devanagari yang asal, transliterasiRumi, maksud harfiah daripada bahasa Sanskerta kepada bahasa Inggeris, terjemahan, dan ulasan-ulasan yang meluas oleh Srila Prabhupada (berdasarkan pelbagai karya oleh Gaudiya Vaishnava) yang termasuk:
Buku ini menyokong laluan pembaktianKrishna yang diperlihatkan sebagai sama sahaja dengan Vishnu, iaitu satu pandangan yang bertentangan dengan tafsiran monistik yang lain. Ini telah menyebabkan kritikan daripada sebilangan tokoh yang tidak bersetuju dengan pendekatan harfiah Prabhupada. Sivarama Swami menafikan kritikan ini dalam bukunya, Maksud Bhaktivedanta: Penjelasan Sempurna untuk Bhagavad-Gita, ISBN 1887089128, Torchlight, 1998.
Bhagavad Gita Seperti Yang Ada telah ditulis dalam tradisi VaishnavismeGaudiyaVaishnavism dan ahli-ahli ISKCON menganggap buku ini sebagai berwibawa dan betul-betul benar (mukhya-vrtti). Serupa dengan kebanyakan pertubuhan Hindu, ISKCON menganggap Bhagavad Gita sebagai intipati pengetahuan Veda dan Upanishad.
Pengedaran
Terjemahan ini mungkin merupakan buku yang paling banyak dijual di luar India, disebabkan usaha-usaha pengikut Hare Krishna yang menjual buku ini di tepi jalan raya, lapangan terbang, dan tempat awam yang lain. Buku ini juga dijual dengan cergas di dalam India.
Bhagavad Gita Seperti Yang Ada telah diterjemahkan dalam lima puluh empat bahasa, termasuk:
Dari segi sosial, Bhagavad Gita Seperti Yang Ada menyarankan cara hidup yang berasal daripada karya Manu Smriti dan buku-buku peraturan agama dan sosial lain untuk dipergunakan di dunia Barat sezaman. Buku ini memerihalkan sebuah masyarakatmanusia yang ideal sebagai sesuatu terdiri daripada empat Varna:
Dalam penulisannya, Prabhupada menyokong sudut pandangan bahawa seorang menjadi ahli salah satu Varna, bukan disebabkan oleh kelahirannya, tetapi oleh sifat-sifat peribadi (guna) dan jenis pekerjaan (karma) seseorang (BG 4.13). Masyarakat diperihalkan sebagai terbaik diperintah oleh seorang kshatriya yang suka membuat kebaikan dan yang memerintah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh tradisi kitab yang dikekalkan oleh segolongan sami (brahmana) yang mewakili pimpinan rohaniah. Pemerintah kshatriya (seperti mahkamah di banyak negara demokrasi juga boleh membuat keputusan hukum bunuh.
Kaum Brahmana, orang tua-tua, wanita, kanak-kanak, dan lembu dikatakan diberikan perlindungan yang khas, dengan haiwan, terutamanya lembu, dilindungi daripada penyembelihan dengan apa cara sekalipun. Prabhupada menggalakkan pembaca untuk mengamalkan diet vegetarian dan menyarankan pertanian sebagai asas ekonomi masyarakat yang ideal. Pada akhirnya, Prabhupada menyimpul bahawa masyarakat harus mempunyai "kesedaran Krishna", iaitu sebuah masyarakat yang diasaskan pada pembaktian (bhakti) Krishna (Tuhan).