Kanak-kanak (Jawi: کانق٢code: ms is deprecated [1]); juga budak (Jawi: بودق[2]) atau anak kecil (Jawi: أنق کچيل) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana bayi, meningkat kanak-kanak, remaja, dewasa, dan akhirnya tua. Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Perkembangan
"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).
Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.
Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.
Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentang Tiger Woods serta latihan golfnya yang awal.
Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak, pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.
"kanak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu. kanak-kanak budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun)...soft hyphen character in |quote= at position 33 (bantuan)
"kanak-kanak". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
"budak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah...
"budak". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
"budak". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 140. ISBN978-602-9172-40-9. 1. anak kecil...
"anak". Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 13. ISBN979 459 785 6. budak; orang yang kecik [sic] badan dan umonye [sic]