Babi bodoh, babi janggut, babi jakut, jukut atau nangoi (bahasa Inggeris: Bornean bearded pig)[3][4][5] ialah suatu spesies babi. Ia boleh dikenali melalui janggutnya yang jelas. Ia juga kadangkala memiliki rambu atau jambul pada bahagian ekor. Nama saintifiknya Sus barbatus.[6]
Juga dikenali sebagai "babi berbulu senyum".
Taburan
Babi Bodoh kebanyakannya dijumpai di Asia TenggaraSumatera, Borneo, timur Filipina di mana ia mendiami hutan hujan dan kawasan berpaya bakau.
Babi bodoh tinggal berkumpulan dalam kumpulan keluarga. Jantung babi bodoh terdiri daripada empat ruang seperti manusia. Ruang atas dikenali sebagai atrium, sementara ruang bawah dikenali sebagai ventrikel.
Sebagai mamalia, babi bodoh berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Babi bodoh akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari. Babi bodoh mampu membiak dari usia 18 bulan dan boleh membiak silang dengan spesies lain dalam famili zoologi Suidae.
Sehingga Januari 2016, haiwan ini dipelihara di Zoo London, Zoo Berlin, Zoo Gladys Porter, Zoo Negara (Malaysia), Zoo Taiping, Safari Malam (Singapura), dan Zoo Southwick.[8] Haiwan yang berada di Zoo Hellabrunn telah dieutanasia pada tahun 2017 berikutan usia haiwan yang tua,[9] dan hanya tinggal satu haiwan jantan sahaja di Zoo Berlin. Tiga haiwan (satu jantan yang dikasi dengan dua lagi betina) sahaja yang tinggal di Zoo London[10] dan satu sahaja yang tinggal di Zoo Gladys Porter[11] dan haiwan tersebut akan digantikan dengan babi belukar sungai merah di Zoo Southwick pada tahun 2017, yang bermakna spesies tersebut akan hilang dari zoo-zoo Eropah dan Amerika.
Pengekalan
Babi bodoh merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.[12]
^"babi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
^Sus barbatus. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/20532. [Didapatkan kembali 21 Disember 2022].