Anugerah MeleTOP ERA 2020 (#AME2020) merupakan anugerah anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio ERA. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat dan merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dengan menggunakan tema "Yang Epik, Yang Legend".[1][2] Pada mulanya dijadual untuk diadakan pada 12 April 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[3] AME2020 berlangsung secara rasmi pada 20 Disember 2020.[4]
Gambaran keseluruhan
Terdapat sebanyak 15 kategori yang dipertandingkan dengan tambahan 3 kategori iaitu Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki & Perempuan) & Artis TOP TOP MeleTOP Grup/Duo. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi SYOK. Menariknya edisi tahun ini, anjuran AME2020 buat pertama kalinya disiarkan secara langsung dalam format 4K Ultra HD (4K UHD).[5]
Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon 5 terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 15 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi talian undian secara online ataupun menerusi aplikasi SYOK yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 29 Januari 2020. Pada edisi ke-7 kali ini, terdapat sedikit kelainannya kerana ia menggugurkan 3 kategori terdahulu iaitu Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Ia digantikan dengan 3 kategori baharu iaitu Artis Versatil MeleTOP SYOK, Influencer MeleTOP SYOK dan TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo). Pengguguran 3 kategori itu adalah untuk memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang diwujudkan dan memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang lebih relevan dan sejajar dengan industri hiburan tempatan.[6] Ekoran penularan pandemik COVID-19 dan arahan pihak kerajaan untuk menghentikan atau menunda semua aktiviti perhimpunan berskala besar, AME 2020 yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada 12 April 2020, telah ditunda ke tarikh baru, iaitu pada 20 Disember 2020 sebagai pengganti program Gegar Vaganza (musim 7) yang telah ditamatkan siaran di Astro Ria pada 13 Disember 2020.
Alif Satar mengumumkan telah menarik diri sebagai hos Anugerah MeleTOP Era 2020 dan digantikan oleh Zizan Razak.[7]
Pemenang dan calon-calon
Sumber:[8]
Anugerah
Pemenang disenaraikan terlebih dahulu. Kemudian, pemenang akan diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda ().
Lagu MeleTOP ERA
|
Penyanyi MeleTOP ERA
|
Grup/Duo MeleTOP ERA
|
Hos MeleTOP
|
Drama MeleTOP
|
Pelakon MeleTOP
|
Program MeleTOP
- Sepahtu Reunion LIVE 2019 - Akhir
|
Artis Baharu MeleTOP
|
Artis Versatil MeleTOP SYOK
|
Influencer MeleTOP SYOK
|
Couple MeleTOP
|
Si Cilik MeleTOP
|
Filem MeleTOP
|
Bintang Filem MeleTOP
|
Anugerah Khas
Top Top Lelaki MeleTOP
|
Top Top Wanita MeleTOP
|
Top Top Grup/Duo MeleTOP
|
Anugerah Khas MeleTOP
|
Anugerah Wira MeleTOP
|
Artis Pelbagai Pencalonan dan Anugerah
Penyampai
Kontroversi
Pencalonan awal bagi kategori Influencer MeleTOP SYOK mendapat reaksi negatif netizen apabila mereka yang tidak berpuas hati dimana ada antara calon-calon dalam kategori tersebut tidak layak diletakkan sebaris dengan selebriti media sosial yang lain. Pencalonan dua tokoh terkenal iaitu Dr. Nur Amalina Che Bakri & Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, bagi kategori tersebut adalah sangat tidak wajar memandangkan taraf dan sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat dan negara dianggap tidak setanding, yakni jauh lebih tinggi dengan calon-calon yang lain.[9]
Selain itu, babak pelamaran yang dilakukan oleh Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose ketika siaran langsung anugerah turut menjadi perbualan dan pertikaian memandangkan perlakuan melamar kahwin secara terang-terangan seperti dalam masyarakat Barat tidak termasuk dalam norma budaya masyarakat Islam tempatan.[10][11]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Anugerah Era | |
---|
Anugerah MeleTOP Era | |
---|
Tahun-tahun yang dipaparkan ialah tahun penganjuran, bukan tahun kelayakan. |