Hanis Zalikha Zainal Rashid (lahir 9 Oktober 1990)[1] merupakan seorang model, pelakon, pengacara, usahawan dan penulis blog wanita Malaysia.[2] Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.[3][4]
Kehidupan awal
Beliau merupakan anak kedua[4] daripada tujuh orang adik-beradik.[2] Ibunya, Nani Rostam merupakan bekas model sekitar tahun 1980-an.[5] Beliau mula menceburi bidang peragaan bermula daripada penyertaannya dalam pertandingan televisyen realiti secara dalam talian iaitu Malaysian Dreamgirl pada tahun 2008.[6][5] Beliau menjadi peserta[6] kedua yang menjadi naib juara pada pertandingan tersebut. Pada tahun 2010, beliau menduduki tempat keenam[5] dalam carta Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches 2010[7] serta mengatasi kedudukan Siti Nurhaliza.[2][5] Selain itu, beliau pernah disenaraikan sebagai carian sepuluh teratas dalam pencarian Google Zeitgeist 2011.[3]
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor (1997), Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002). Pada peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007).[8] Pada tahun 2012, beliau berjaya mendapat lulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor[5][9][4] pada majlis Konvokesyen ke-76 di universiti yang sama. Selain itu, beliau berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 3.9.[10] Beliau juga bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda selain daripada membuka perniagaan produk kecantikan sendiri selepas menamatkan pengajiannya.[10]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
2012
|
Mariam Kampung Putat
|
Mariam
|
TV3
|
2013
|
Aku Benci Mama
|
Liana
|
Mama-Mama Mia
|
Keisya
|
Astro Ceria
|
2015
|
Aku, Dia dan C70
|
Elisya
|
TVi
|
Web drama
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Siaran
|
2013
|
Pertama Kali
|
Lara Sofea
|
Tonton Extra
|
Televisyen
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2008
|
Malaysian Dreamgirl
|
Dirinya sendiri
|
Malaysian Dreamgirl TV
|
Beliau telah menjadi peserta[6][5] kedua yang menjadi naib juara bagi musim pertama program ini, mengalahkan 12 peserta lain. Rancangan ini disiarkan secara dalam talian.
|
2012
|
Primadona
|
Astro Prima / Astro Mustika HD
|
Beliau telah dijemput untuk menyatakan pandangannya tentang fesyen.[12]
|
Mad Markets (Musim 1)
|
Dirinya sendiri
|
TV9
|
Pada musim yang pertama, beliau banyak mengembara secara berseorangan sebelum berjumpa dengan rakan di destinasi yang dituju. Berbeza dengan musim kedua, beliau bersama Akhmal Nazri disatukan untuk membeli-belah di pasar lambak sekitar Asia termasuklah Taiwan, Bali, Korea Selatan dan Makau.[13][6][5][14]
|
2013
|
Mad Markets (Musim 2)
|
Muzik Xtra
|
TVi
|
Beliau menjadi pengacara yang membincangkan perkembangan muzik.[6][5]
|
Tutor TV SPM Bahasa Melayu
|
Astro TVIQ
|
Beliau menjadi guru bahasa Melayu peringkat SPM.[8]
|
MeleTOP
|
Astro Ria / Astro Maya HD
|
Beliau diundang untuk ditemu ramah oleh Nabil dan Neelofa.[15]
|
AF Buzz
|
Beliau bersama Zizan Razak menjadi pengacara program ini serta membincangkan prestasi peserta-peserta AF 2013[16] bersama tetamu jemputan.[17]
|
Terus Gempak....Inilah AF 2013 (TGIAF)
|
Raikan Cinta (Musim 2)
|
Astro Ria
|
Beliau menjadi pengacara bagi program yang mengetengahkan proses majlis perkahwinan pihak pengantin.[6][5]
|
Ceria Superstar Musim 2
|
Astro Ceria
|
Beliau menjadi juri jemputan bagi program ini.
|
Anugerah Blockbuster 2
|
Astro Ria / Astro Mustika HD
|
Beliau menjadi pengacara pada majlis karpet merah[6][5] bersama-sama Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal.[18]
|
2014
|
Wanita Hari Ini
|
Dirinya sendiri
|
TV3
|
Beliau telah dijemput untuk membincangkan tips-tips menjaga kesihatan.
|
Anugerah MeleTOP Era 2014
|
Astro Ria / Astro Maya HD
|
Beliau bergandingan bersama Aril sebagai pengacara karpet merah bagi majlis ini.[19]
|
2017
|
Romantika (Musim 7)
|
Pasangan Pilihan
|
Astro Ria
|
bersama suami (Hairul Azreen) dan anak beliau
|
Anugerah dan pencalonan
Tahun
|
Anugerah
|
Nota
|
Hasil
|
2011
|
Most Influential Blog Award
|
Anugerah ini dicalonkan menerusi penganjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011[3] di Singapura.[4]
|
Tercalon
|
2014
|
Artis Baru Wanita Popular
|
Beliau telah tersenarai sebagai calon lima teratas untuk ABPBH 2013.[20]
|
Tercalon
|
Rujukan
Pautan luar