Aliran Hanzōmon Tokyo Metro (東京メトロ半蔵門線, Tōkyō Metoro Hanzōmon-sen) ialah satu aliran kereta api alihan laju yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia dikendalikan dan dimiliki oleh syarikat Tokyo Metro. Aliran ini bermula dari stesen Shibuya sehingga ke Oshiage. Aliran Hanzōmon juga dikenali sebagai Aliran 11 Aliran Hanzōmon (11号線半蔵門線, 11-gōsen Hanzōmon-sen).
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Hanzōmon ditunjukkan dengan warna ungu (▉) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "Z" ().
Gambaran keseluruhan
Aliran sepanjang 16.8 kilometer (10.4 bt) ini memberi khidmat di wad Shibuya, Minato, Chiyoda, Chūō, Kōtō dan Sumida. Aliran Hanzōmon bersambung dengan aliran Den-en-toshi Tokyu di stesen Shibuya yang menuju ke selatan dan aliran Skytree Tobu di stesen Oshiage yang menuju ke utara.
Aliran ini mempunyai pertukaran dengan aliran kereta api Tokyo Metro dan Toei yang lain kecuali aliran Hibiya (pertukaran masih boleh dibuat melalui aliran Skytree Tobu di stesen Kita-senju). Ia menghubungkan dengan aliran Ginza di lima stesen (empat stesen di antara Shibuya dan Nagatachō serta Mitsukoshimae).
Aliran Hanzōmon mendapat namanya daripada pintu barat Istana Maharaja (Hanzōmon). Dipercayai bahawa nama pintu barat itu diambil sempena nama samurai abad ke-16, Hattori Hanzō yang merupakan tokoh penting kepada pengasasan keshogunan yang membina istana itu.
Menurut Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo, sehingga Jun 2009, aliran Hanzōmon merupakan aliran kereta api alihan laju keenam tersibuk di Tokyo dengan kendalian muatan 173% ketika waktu puncak di antara stesen Shibuya dan Omotesandō.[3]
Stesen
Secara keseluruhannya terdapat 14 buah stesen bagi aliran Hanzōmon dan kesemua stesen tersebut terletak di bandar raya Tokyo.
- ^ Shibuya berkongsi dengan Perbadanan Tokyu dan Tokyo Metro, di mana Perbadanan Tokyu menguruskan stesen ini.
- ^ Disebabkan jarak di antara aliran Ginza dan Hanzōmon/Den-en-toshi di Shibuya, pertukaran di antara dua aliran diumumkan di Omotesandō.
- ^ Oshiage berkongsi dengan Kereta Api Tobu dan Tokyo Metro di mana Tokyo Metro menguruskan stesen ini.
Rujukan
Pautan luar