Yuval Noah Harari (Ibrani: יובל נח הרריcode: he is deprecated ; lahir 24 Februari 1976) adalah seorang profeseor, sejarawan, cendekiawan,[1][2][3] dan penulis kelahiran Israel, beliau bekerja dalam jabatan sejarah Universiti Ibrani Baitulmaqdis.[4] Penulisan beliau menyentuh sejarah dan perubansuranmanusia yang memajukan diri dari segi teknologi dan kemasyarakatan meletakkan diri sebagai spesies puncak bumi, beliau turut mengemukakan idea membayangkan nasib kemanusiaan yang akan didorong oleh kelebihan dibawa kesan data besar[5][6] untuk menghasilkan kemajuan mencapai kehendak dan keinginan yang dikatakan mampu melebihi kemampuan manusia sendiri.[7] Beliau juga pengkritik dasar-dasar politik dilaksanakan pemerintah Israel terutamanya kabinet Benjamin Netanyahu yang cuba menjatuhkan timbang tara kehakiman dalam entiti tersebut.[8]
Awal hidup dan pendidikan
Yuval Noah Harari lahir seorang dari tiga adik beradik dalam keluarga Yahudi Sekular di Kafrita, Daerah Haifa di entiti Israel, ayahnya Shlomo Harari seorang jurutera upahan dalam sebuah syarikat senjata api manakala ibunya Pnina Harari seorang pegawai kerajaan.[1][9][10]
Beliau menundakan pengerahan wajib dalam Angkatan Pertahanan Israel agar dapat memasuki rancangan pengajian rizab tetapi dikecualikan kemudian atas faktor kesihatan.[1] Beliau mengaji sejarah dan hubungan antarabangsa di Universiti IbraniBaitulmaqdis pada usia 17 tahun.[11] Beliau mengkhusus pengajian sejarah zaman pertengahan dan sejarah ketenteraan 1993-8 di sana. Beliau menyempurakan Kedoktoran falsafah di Jesus College, Oxford di bawah Steven J. Gunn tahun 2002; di sanalah beliau membaca penulisan Jared Diamond, terutamanya buku Guns, Germs, and Steel yang memutuk minatnya kepada penulisan sedemikian.[1][12] Beliau menjadi Felo Yad Hanadiv dalam bidang sejarah jurusan pascadoktor tahun 2003-5.[13]
Penulisan utama
Buku Qitsur Toldot Ha-Enoshut (2011, Ibrani: קיצור תולדות האנושותcode: he is deprecated "Ringkasan Sejarah Manusia") berdasarkan 20 syarahan sejarah di universitinya menerangkan tentang sejarahmanusia semenjak terjadinya "revolusi kognitif" pada Zaman Batu sekitar 50,000 tahun yang lalu menyingkirkan keberadaan Neanderthal, menguasai linguistik kognitif, mengembangkan masyarakat yang terstruktur dan menjadi predator puncak. Kemudian terjadi revolusi agrikultur dan kini manusia semakin diperkuat oleh revolusi sains. Buku ini menjadi masyhur melalui terjemahan Inggerisnya Sapiens: A Brief History of Humankind (2014) selain ke dalam 45 bahasa asing.[14] Pada November 2020, ia disadurkan ke dalam bentuk novel grafik di bawah tajuk Sapiens: A Graphic History – The Birth of Humankind, karangan bersama David Vandermeulen dan Daniel Casanave untuk Penguin Books.[15]
Buku Ha-Historia Shel Ha-Makhár (2015, Ibrani: ההיסטוריה של המחרcode: he is deprecated "Sejarah Keesokan Hari", tajuk terjemahan Inggeris: Homo Deus: A Brief History of Tomorrow) mengisahkan kecenderungan manusia meramal masa depan sendiri diselingkan latar belakang sejarah demikian.
Bibliografi
Books
Renaissance Military Memoirs: War, History and Identity, 1450–1600 (Woodbridge: Boydell & Brewer, 2004), ISBN978-184-383-064-1
Special Operations in the Age of Chivalry, 1100–1550 (Woodbridge: Boydell & Brewer, 2007), ISBN978-184-383-292-8
The Ultimate Experience: Battlefield Revelations and the Making of Modern War Culture, 1450–2000 (Houndmills: Palgrave-Macmillan, 2008), ISBN978-023-058-388-7
Unstoppable Us, Volume 1 − How Humans Took Over the World (Bright Matter Books, 2022),ISBN0593643461
Rencana
"The Military Role of the Frankish Turcopoles – a Reassessment", Mediterranean Historical Review 12 (1) (June 1997), pp. 75–116.
"Inter-Frontal Cooperation in the Fourteenth Century and Edward III's 1346 Campaign", War in History 6 (4) (September 1999), pp. 379–395
"Strategy and Supply in Fourteenth-Century Western European Invasion Campaigns", The Journal of Military History 64 (2) (April 2000), pp. 297–334.
"Eyewitnessing in Accounts of the First Crusade: The Gesta Francorum and Other Contemporary Narratives", Crusades 3 (August 2004), pp. 77–99
"Martial Illusions: War and Disillusionment in Twentieth-Century and Renaissance Military Memoirs", The Journal of Military History 69 (1) (January 2005), pp. 43–72
"Military Memoirs: A Historical Overview of the Genre from the Middle Ages to the Late Modern Era", War in History 14:3 (2007), pp. 289–309
"Knowledge, Power and the Medieval Soldier, 1096–1550", in In Laudem Hierosolymitani: Studies in Crusades and Medieval Culture in Honour of Benjamin Z. Kedar, ed. Iris Shagrir, Ronnie Ellenblum and Jonathan Riley-Smith, (Ashgate, 2007)
"Combat Flow: Military, Political and Ethical Dimensions of Subjective Well-Being in War", Review of General Psychology (September 2008)
"Armchairs, Coffee and Authority: Eye-witnesses and Flesh-witnesses Speak about War, 1100–2000", Journal of Military History 74:1 (gennaio, 2010), pp. 53–78.