Yoon Suk Yeol (Hangul: 윤석열; Hanja: 尹錫悅, lahir 18 Disember 1960) ialah ahli politik Korea Selatan, bekas pendakwa raya dan peguam yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-13 sejak 2022. Beliau digantung tugas selepas dicabar pada 14 Disember 2024. Sebelum menjadi presiden, beliau ialah Pendakwa Raya Negara Korea Selatan dari 2019 hingga 2021.
Dilahirkan di Seoul, Yoon menghadiri Universiti Kebangsaan Seoul. Dalam kapasitinya sebagai ketua Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul, beliau memainkan peranan penting dalam mensabit bekas presiden Park Geun-hye dan Lee Myung-bak kerana salah guna kuasa.[1][2][3] Kemudian, Yoon berkhidmat sebagai pendakwa raya Korea Selatan antara 2019 dan 2021, di mana jawatannya dia memperoleh sabitan terhadap Cho Kuk, seorang tokoh berpengaruh dalam pentadbiran Presiden Moon Jae-in.[1] Sebagai ahli Parti Kuasa Rakyat, Yoon menewaskan calon Parti Demokrat Lee Jae-myung dalam Pilihan raya presiden Korea Selatan 2022. Yoon memegang jawatan sebagai presiden pada 10 Mei 2022.[4]
Kehidupan peribadi
Yoon telah berkahwin dengan Kim Kun-hui sejak 2012. Kim Kun-hui ialah Presiden Covana Contents, sebuah syarikat yang pakar dalam pameran seni.[5] Isterinya telah disiasat kerana didakwa mengambil sogokan untuk menganjurkan pameran seni.[6]
Rujukan
Pautan luar