Yoo Jeong-yeon (lahir Yoo Kyung-wan pada 1 November 1996) lebih dikenali sebagai Jeongyeon ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, iaitu Sixteen.
Kehidupan awal
Jeongyeon lahir pada 1 November 1996 di Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.[1] Beliau menukar namanya kepada Jeong-yeon ketika berada di gred tiga.[2] Kakak beliau, Gong Seung-yeon merupakan seorang pelakon.[3] Beliau menyertai JYP Entertainment selepas lulus Uji Bakat Terbuka ke–6 agensi tersebut pada 1 Mac 2010.[4] Beliau dijadual untuk membuat kemunculan pertama dalam kumpulan wanita, 6mix sebelum mengambil bahagian dalam rancangan Sixteen.[5]
Kerjaya
Pada tahun 2014, beliau bersama Nayeon muncul dalam video muzik GOT7, "Girls Girls Girls" dan pada tahun 2015, beliau muncul dalam video muzik miss A, "Only You". Jeongyeon diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[6] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Jeongyeon membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[7]
Beliau mengacarakan program muzik SBS, Inkigayo bersama kakaknya dan Kim Min-seok bermula 3 Julai 2016 sehingga 22 Januari 2017.[8]
^"[V LIVE] 트와이스 콤비 정연&지효의 Friend V" [[V LIVE] Twice duo Jeongyeon and Jihyo's Friend V]. Naver V Live. 19 Mac 2016. Peritiwa berlaku pada 50:30. Dicapai pada 1 Ogos 2016.