More & More adalah EP kesembilan yang akan datang oleh kumpulan gadis Korea Selatan, Twice. Akan dilancarkan oleh JYP Entertainment and Republic Records pada 1 Jun 2020, dan menampilkan single utama dengan nama yang sama.[1][2][3][4][5][6]
Latar belakang dan pelancaran
Pada 28 April 2020, kumpulan ini mengumumkan bahawa single mereka yang akan datang berjudul "More & More". Pada 3 Mei 2020, Twice mengumumkan bahawa More & More juga akan menjadi tajuk EP ke-9 mereka melalui banner Twitter mereka. Pada 8 Mei 2020, kumpulan ini mengumumkan kandungan tiga versi album fizikal dan tarikh pre-order.[7] Pada 18 Mei, senarai lagu tersebut didedahkan melalui akaun Twitter JYP. [8]
Pertunjukan Komersial
Pada 27 Mei, dilaporkan bahawa penjualan pre-order More & More telah melampaui 500,000, menjadikannya album terlaris mereka sehingga kini.[9]