Yeo Hiap Seng Limited (Cina ringkas: 杨协成; Cina tradisional: 楊協成; pinyin: Yáng Xiéchéng; Pe̍h-ōe-jī: Iûⁿ Hia̍p-sêng, lebih dikenali sebagai Yeo's) ialah syarikat minuman Singapura. Ia beroperasi sebagai syarikat induk pelaburan serta pengilang minuman di Singapura dan Malaysia. Ia adalah sebuah syarikat multinasional yang mempunyai pejabat dan kehadiran pasaran di A.S., Eropah, Australia, New Zealand, Maldives, Mauritius, Mongolia, Kepulauan Pasifik, China, Hong Kong, Kemboja, Myanmar, Laos, Vietnam, dan Jepun. Ia menghasilkan minuman Asia sendiri dan, dari tahun 1975 hingga 2016, mempunyai lesen dari PepsiCo untuk menghasilkan Pepsi, 7 Up, Mountain Dew, Mirinda dan Mug Root Beer.[2][3] Yeo juga mengendalikan jenama antarabangsa lain seperti Red Bull, Gatorade, Evian, Volvic, Uni-President, Allswell, Hain Celestial, dan Erika Dairies.[4] Beberapa jenama rumahnya (Lihat Di bawah) termasuk H-Two-O, Minuman Asia Yeo, Justea, dan Dolphin Pink.
Sejarah
Yeo Keng Lian
Sejarah syarikat Yeo’s bermula pada 1900. Diasaskan oleh Yeo Keng Lian, anak jati Fujian, China, yang memulakan kerjaya perniagaan dengan menghasilkan kicap di Zhangzhou bersama Kilang Sos Yeo Hiap Seng pda 1901 dan berhijrah ke Singapura pada 1930an di mana beliau menubuhkan semula Kilang Sos Yeo Hiap Seng pada 1938.[5][6] Yeo meninggal dunia di Singapura pada 1960.[5]
Nama Yeo Hiap Seng dari asal-usul Kristian dengan Hiap Seng bermaksud penyatuan Kristus kerana Yeo ialah seorang Presbiteria.[5]
Korporat
Biarpun diasaskan pada 1938, syarikat ini diperbadankan di Singapura pada 20 Disember 1955 sebagai Yeo Hiap Seng Canning and Sauce Factory Private Limited dan disenaraikan pada 7 November 1968.
Tahun 1950-an menyaksikan syarikat itu mengetin kari ayam, mempelopori pembotolan susu soya, dan pek minuman Asia di dalam bekas aseptik Tetra Brik menggunakan sistem pemprosesan suhu ultra-tinggi.
Rujukan
Pautan luar