Yamla Pagla Deewana ialah sebuah filem drama komedi Hindi 2011 arahan Samir Karnik, yang menampilkan Dharmendra, Sunny Deol, dan Bobby Deol sebagai pelakon utama.[4] Filem ini menandakan kemunculan kedua keluarga Deol dalam sebuah filem, setelah filem terakhir mereka, Apne (2007). Tajuk filem ini diinspirasikan dari lagu "Main Jat Yamla Pagla Deewana" dari filem 1975, Pratigya yang juga dibintangi oleh Dharmendra.[5] Trailer teatrikal filem ini ditayangkan pada 5 November 2010, sementara filem ini ditayangkan pada 14 Januari 2011, dan mendapat sambutan yang baik selepas dikeluarkan. Filem tersebut kemudian menjadi kejayaan komersial di pecah panggung.[6]
Plot
Paramvir Singh (Sunny Deol) ialah seorang bukan penduduk India (NRI) yang hidup bahagia bersama isteri Kanadanya Mary (Emma Brown Garett) bersama dengan dua anaknya Karam dan Veer dan ibunya (Nafisa Ali) di Vancouver, British Columbia, Kanada. Bertahun-tahun kemudian, setelah kelahiran adik Paramvir, Gajodhar, bapa Paramvir, Dharam Singh (Dharmendra) melarikannya dari rumah dan mengambil Gajodhar dengannya, akibat kesulitan dengan keluarganya. Kembali dalam realiti, seorang warga Kanada pergi mengunjungi Paramvir di rumahnya, dimana dia melihat foto Dharam Singh.
Penggambaran bermuka pada Februari 2010. Pengarah Samir Karnik bersama pelakon utama Dharmendra dan Sunny Deol hadir di set penggambaran di Varanasi pada April 2010.[7] Penggambarannya tergendala sebanyak dua kali, pertama pada Mac, Dharmendra dirawat di hospital,[8] dan kemudian pada Julai, Sunny Deol mengalami masalah ketika melakukan babak aksi.[9]
Kesinabungannya diumumkan selepas kejayaan filem pertama, dan penggambaran dijalankan pada September 2012.[10]
Kesinambungan ini menampilan trio Dharmendra, Sunny Deol dan Bobby Deol yang melakonkan kembali peranan mereka, bersama dengan Neha Sharma dan Kristina Akheeva sebagai pelakon utama wanita. Yamla Pagla Deewana 2 dikeluarkan pada 7 Jun 2013.