Super Cassettes Industries Private Limited, menjalankan perniagaan sebagai T-Series,[2] ialah syarikat penerbitan filem dan label rakaman muzik di India diasaskan oleh Gulshan Kumar pada tahun 2005.[4] Ia terutamanya terkenal kerana runut bunyi muzik Bollywood[4] dan muzik Indi-pop.[5] Sehingga 2014, T-Series merupakan label rekod muzik terbesar di India, dengan sehingga 35% bahagian pasaran muzik India, diikuti oleh Sony Music India dan Zee Music.[6] T-Series juga memiliki dan mengendalikan saluran yang paling banyak ditonton dan yang paling dilanggan di YouTube, dengan lebih daripada 106 juta pelanggan [7] dan 77 bilion tontonan pada Julai 2019. Walaupun dikenali sebagai label muzik, T-Series juga mempunyai beberapa kejayaan yang sederhana sebagai syarikat penerbitan filem.
^ abKohli-Khandekar, Vanita (20 December 2013). "Tea with BS: Bhushan Kumar". Business Standard India. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2018. Dicapai pada 7 July 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)