Wilayah Al-Bahah (Arab: منطقة الـبَـاحَـة Manṭiqat al-Bāḥah) atau Negeri Al-Bahah ialah sebuah wilayah di Arab Saudi. Ia terletak di barat daya kawasan Hijaz. Ia mempunyai keluasan selua 9,921 km², dan mempunyai penduduk seramai 476,172 (2017).[1] Ibu negerinya ialah Al Bahah.[2] Wilayah ini merangkumi Kota Al-Bahah, Al-Mikhwah dan Baljorashi. Baljorashi mempunyai sebuah pasar tradisional terkenal iaitu Souq al-Sabt, yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu sebagai "Pasar Sabtu". Wilayah Al-Baḥah merupakan tempat tinggal bagi dua kabilah dari Kabilah Azad, iaitu Kabilah Ghamid dan Kabilah Zahran.[3]
Souq al-Sabt
Souq al-Sabt, atau Pasar Sabtu merupakan sebuah pasar tradisional terkenal yang terletak dalam wilayah ini. Pasar tersebut ialah pasar lama yang tidak diketahui usianya. Pasar ini dibuka selepas solat Subuh atau sekitar jam 5 pagi waktu tempatan, dan ditutup pada tengah hari. Orang ramai berkunjung dari seluruh negeri untuk menjual dan membeli barangan buatan tangan.
Senarai emir wilayah
Rujuka