Al Bahah (Arab: ٱلْبَاحَة, Al-Bāḥah) merupakan sebuah bandar di barat Arab Saudi dalam kawasan Hijaz. Ia merupakan ibu negeri bagi Wilayah Al-Bahah, dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di Arab Saudi. Ia mempunyai iklim yang menyenangkan dan dikelilingi oleh lebih dari empat puluh hutan, termasuk Raghdan, al Zaraeb dan Baidan.
Al-Bahah ialah pusat yang menempatkan pentadbiran bagi Emir Wilayah, majlis tempatan dan cawangan jabatan kerajaan lain. Memandangkan Al-Bahah menjadi tumpuan khas oleh kerajaan, bandar Al-Bahah ini mempunyai banyak institusi kesihatan, pendidikan dan pelancongan. Ia dikira sebagai pusat bagi kabilah Ghamidi dan Zahrani, dan sebahagian besar penduduknya merupakan dari keturunan kabilah ini.
Al-Bahah digelar oleh Syarif Mekah sebagai "Taman Hijaz" (Arab: حَدِيْقَة ٱلْحِجَاز, rumi: Ḥadīqaṫ al-Ḥijāz)
Rujukan