Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania ialah pertubuhan bukan untung yang berpusat di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat. Ia merupakan entiti undang-undang utama kepada agama Saksi Jehovah dan seringnya dirujuk sebagai "The Society" (Si Persatuan). Pertubuhan itu seringnya memegang hak cipta kepada kepustakaan yang diterbitkan oleh Saksi Jehovah. Selain daripada pertubuhan Pennsylvania tersebut, terdapat juga entiti undang-undang yang lain yang menyokong berbagai-bagai aspek operasi agama itu[1].
Yayasan
Para pelajar kitab Bible mula membentuk Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania pada tahun 1881, dengan William Henry Conley, seorang ahli perniagaan Pittsburgh, menjadi Presiden pertama dan Charles Taze Russell sebagai Setiausaha merangkap Bendahari.[2] Persatuan itu kemudian didaftarkan di Pennsylvania pada 15 Disember 1884, dengan Russel menjadi Presiden pertama yang sah di sisi undang-undang.
Personel (pada 1 September 2005)
- Presiden: Don A. Adams
- Naibl Presiden: Robert W. Wallen, William F. Malenfant
- Setiausaha/Bendahari: Richard E. Abrahamson
- Pengarah: Danny L. Bland, Philip D. Wilcox, John N. Wischuk
Nama persatuan rasmi yang lama
- Zion's Watch Tower Tract Society (1884-1896)
- Watch Tower Bible and Tract Society (1896-1955)
- Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania (sejak 1955)
Presiden
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar