Ungulat merupakan sekelompok mamalia pelbagai jenis yang rata-rata menggunakan hujung jari kaki untuk menampung seluruh berat badannya sambil bergerak. Istilah "ungulat" bermaksud "haiwan bertelapuk". Sebagai istilah takrifan, "ungulat" lazimnya tidak termasuk ahli-ahli Cetacea yang tidak memiliki kebanyakan ciri-ciri morfologi ungulat; namun penemuan terbaru mendapati bahawa Cetacea adalah keturunan dari ahli-ahli purba Artiodactyla, dan oleh itu bersaudara langsung dengan ungulat berjari genap seperti lembu, lebih-lebih lagi dengan badak air sebagai saudara paling rapatnya yang masih wujud.[1]
Akan tetapi, kajian morfologi[3][4][5][6] dan molekul[7][8] baru-baru ini telah mendapati bahawa aardvark, hiraks, dugong, dan gajah lebih rapat bersaudara dengan sengi, tanderak, dan tikus tanah mas daripada ahli-ahli Perissodactyla dan Artiodactyla dan juga daripada Afrotheria. Gajah, dugong dan hiraks digolongkan dalam klad Paenungulata, sementara aardvark dianggap sebagai saudara rapat dengan Paenungulata ataupun rapat dengan segi dalam klad Afroinsectiphilia.[9] Ini merupakan satu contoh evolusi tumpu yang ketara.[10]
Kini terdapat pertikaian sama ada Ungulata ini merupakan kelompok klados (asas evolusi) ataupun sekadar kelompok fenetik (takson bentuk) atau takson rakyat (serupa tetapi tidak semestinya bersaudara). Sesetengah kajian sememangnya mendapati bahawa ungulat berjari ganjil mahupun genap membentuk satu salasilah monofiletik,[11][12][13] iaitu bersaudara rapat dengan ahli-ahli Carnivora dan tenggiling[14][15] dalam klad Fereuungulata, ataupun dengan kelawar.[16] Kajian-kajian lain mendapati bahawa kedua-dua order ini tidak begitu rapat bersaudara, iaitu ada yang mengaitkan Perissodactyla dengan kelawar dalam Pegasoferae[17] dan ada juga yang mengaitkan Artiodactyla sebagai saudara rapat kelawar.[18]
Taksonomi
Yang berikut adalah ringkasan taksonomi (dengan tanggapan bahawa ungulat sememangnya satu kelompok semula jadi) dengan keluarga-keluarga yang masih wujud mengikut turutan hubungan mereka. Sila ingat bahawa masih terdapat beberapa titik pertikaian seperti hubungan keluarga-keluarga Pecora dengan paus balin. Rujuk setiap keluarga untuk hubungan sesama spesies dan juga pertikaian dalam rencana masing-masing.
^Asher RJ, Bennet N, Lehmann T. 2009. The new framework for understanding placental mammal evolution. BioEssays 31:853–864
^Tabuce, R., Marivaux, L., Adaci,M., Bensalah,M., Hartenberger, J. L., et al. Early tertiary mammals from north Africa reinforce the molecular afrotheria clade. Proc Royal Soc B-Biol Sci 2007; 274: 1159–1166.
^Seiffert, E., A new estimate of afrotherian phylogeny based on simultaneous analysis of genomic, morphological, and fossil evidence. BMC Evol Biol 2007. 7: 13.
^Sanchez-Villagra, M. R., Narita, Y. and Kuratani, S. "Thoracolumbar vertebral number: the first skeletal synapomorphy for afrotherian mammals. Syst Biodivers 2007; 5: 1–17.
^Springer MS, Stanhope MJ, Madsen O, de Jong WW: Molecules consolidate the placental mammal tree. Trends Ecol Evol 2004, 19(8) 430-438.
^Robinson, T. J. Fu, B. Ferguson-Smith, M. A. Yang, F. 2004. Cross-species chromosome painting in the golden mole and elephant-shrew: support for the mammalian clades Afrotheria and Afroinsectiphillia but not Afroinsectivora. PROCEEDINGS- ROYAL SOCIETY OF LONDON B. 271(1547) 1477-1484