Tenggiling, senggiling atau pengguling ialah spesies mamalia dalam orderPholidota. Order ini mempunyai satu keluarga yang masih wujud, keluarga Manidae terdiri daripada genus Manis, genus Phataginus, dan genus Smutsia.[5] Genus Manis mempunyai empat spesies yang ditemukan di Asia, manakala genus-genus Phataginus dan Smutsia masing-masing mempunyai dua spesies yang ditemukan di Afrika sub-Sahara.[6]
Tubuh badannya dipenuhi sisik keras dan tajam. Apabila ia merasa dalam keadaan berbahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya menjadi seperti bola untuk mempertahankan diri daripada pemangsa.[7][8]
Penamaan
Nama tenggiling (Jawi: تڠݢيليڠcode: ms is deprecated ) dan pengguling (Jawi: ڤڠݢوليڠcode: ms is deprecated ) yang asalnya dipakai kepada spesies tenggiling Sunda dijejak daripada perkataan guling atau giling kerana perbuatannya menggulingkan diri.[9]
Taksonomi
Nama order Pholidota dijejak daripada kata Bahasa Yunani Kuno: ϕολιδωτόςcode: grc is deprecated , pholidotoscode: grc is deprecated – "penuh sisik"[10] daripada φολίςcode: el is deprecated pholís "sisik".[11]
Ciri-ciri
20 peratus berat badan tenggiling terdiri daripada sisik-sisiknya.[8] Sisik-sisiknya diperbuat daripada bahan keratin yang sama membentuk kuku.[12][7] Kaki depannya berkuku panjang untuk menggali tanah.[13]
Tenggiling tidak dapat melihat dengan baik. Ia bergantung kepada deria bau dan pendengaran untuk mencari dan menggali sarang atau busut semut. Lidahnya sangat panjang mencapai 40 sentimeter.[8] Ia mengeluarkan air liur melekit[14] yang memerangkap semut dan anai-anai yang terkena lidah yang dijulurkan masuk ke dalam busut.
Habitat
Tenggiling biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar, dan juga mengorek lubang dalam tanah. Ia juga suka bersembunyi dalam semak atau jerami.
Tabiat
Tenggiling menggulingkan badannya untuk melindungi diri ketika tidur pada waktu siang[15] atau apabila ia dihampiri pemangsa.[7][8]
Makanan
Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai. Seekor tenggiling boleh makan 140 hingga 200 gram serangga setiap hari.[16]
Pembiakan
Tenggiling betina bunting dalam tempoh kira-kira 70–140 hari.[17] Spesies-spesies tenggiling Afrika melahirkan seekor anak sesekali, spesies-spesies tenggiling tenggiling Asia melahirkan sebanyak 3 ekor.[15] Anak tenggiling dilahirkan dengan sisik badan lembut yang lembut, sisik-sisik ini cepat mengeras.
Tenggiling menyusukan anaknya dalam tempoh tiga bulan.[8]
Bahasa kiasan
Kenderaan milik persendirian seperti motosikal atau kereta yang berusia biasanya akan dikiaskan sebagai tenggiling kerana rupanya yang purba dan pergerakannya yang perlahan.
^Wilkinson, Richard James (1932). "tĕnggiling". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 567 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^Brown, Roland Wilbur (1956). The Composition of Scientific Words. Washington, D.C, Amerika Syarikat: Smithsonian Institution Press. m/s. 604.
^Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "φολίς". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
^Spearman, R.I.C. (2008). "On the nature of the horny scales of the pangolin". Zoological Journal of the Linnean Society. Oxfordshire, England: Oxford University Press. 46 (310): 267–273. doi:10.1111/j.1096-3642.1967.tb00508.x.
^Coulson, Ian M; Heath, Martha E (December 1997). "Foraging behaviour and ecology of the Cape pangolin (Manis temminckii) in north-western Zimbabwe". African Journal of Ecology. 35 (4): 361–369. doi:10.1111/j.1365-2028.1997.101-89101.x – melalui EBSCO.