ES Tee, MN Ismail, MA Nasir, I Khatijah (1997), Nutrient Composition of Malaysian Foods. Malaysian Food Composition Database Programme (dalam bahasa Inggeris), Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan PerubatanCS1 maint: multiple names: authors list (link) Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Pokok ini dipercayai diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke kepulauan Filipina yang kemudiannya tersebar meliar serata Asia Tenggara.[2] Tumbuhan ini menjadi dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat rantau ini terutamanya sebagai sejenis sayuranulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Penamaan
Ia mempunyai pelbagai nama setempat di benua Amerika Tengah yang asal:[10]
Pokok ini mampu tumbuh cecah setinggi 2 meter. Batangnya berwarna hijau keunguan[11] bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan ukuran 8-27 × 2.5-12 sm[10] dengan anak daun yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua; suatu bau unik akan terkeluar apabila daun-daun ini diramas. Daun-daun ini akan menguncup apabila malam tiba.[11]
Bunganya bertangkai panjang dan berwarna kuning keunguan, bunga ini boleh tumbuh secara tunggal mahupun sedikit menjambak.[11]
Gambar pokok
Gambar dekat bunga pokok Ulam Raja
Kegunaan
Dalam perubatan
Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang dalam kalangan orang Melayu dan Jawa.
Penanaman
Masyarakat Eropah tidak begitu menyukai pengambilan tumbuhan ini sebagai sumber makanan kerana bau kuat yang dilepaskan, namun ia masih dimanfaatkan sebagai suatu tanaman hiasan kerana kuntum bunga ia yang digemari.[12]
Ia juga ditanam sebagai suatu tanaman sungkup mengelakkan keringan tanah serta untuk menyegarkan udara sekitar[12]
Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
^Jørgensen PM, León-YánezS, penyunting (1999). "Cat. Vasc. Pl. Ecuador". Monographs in Systematic Botany from the Missouri Botanical Garden. 75: i–viii, 1–1181.
^Humbert H (1923). "Les Composées de Madagascar". Mémoires de la Société Linnéenne de Normandie. 25: 1–335.
^Sousa Sánchez M, Cabrera Cano EF (1983). "Flora de Quintana Roo". Listados Florísticos de México. 2: 1–100.
^López Vargas A (1995). Estudio de Vegetación de las Partes Sud y Sudoeste de las Provincias Mizque y Campero --- Cochabamba (Tesis). = Universidad Mayor de San Simón, Cochabamba. m/s. i–vi, 1–152.
^Foster RC (1958). "A catalogue of the ferns and flowering plants of Bolivia". Gray Herbarium of Harvard University. 184: 1–223.
^ abPruski, John Francis; Robinson, Harold Ernest (2018). "Asteraceae". Flora Mesoamericana. 5. St. Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. m/s. i–xix, 1–608.
^ abcHassan WE (2006). Healing Herbs of Malaysia. Kuala Lumpur: Federal Land Development Agency. ISBN978-983-99544-2-5.
^ abcSaid Moshawih; Manraj Singh Cheema; Zuraini Ahmad; Zainul Amiruddin Zakaria; Muhammad Nazrul Hakim (2017). "A comprehensive review on Cosmos caudatus (ulam raja): pharmacology, ethnopharmacology, and phytochemistry". International Research Journal of Education and Sciences (IRJES). 1 (1): 14–31. ISSN2550-2158.