Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz (Jawi: تونكو زين العابدين ابن توانكو محرزcode: ms is deprecated ; diputerakan pada 6 Julai 1982) atau lebih dikenali dengan nama Tunku 'Abidin Muhriz ialah putera kedua kepada DYMM Yang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan, Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani.[1][2]
Tunku Zain Al-'Abidin mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur.
Beliau menyambung pengajian di Marlborough College, Wiltshire, United Kingdom.
Selepas itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Kerajaan dan Ijazah Sarjana Sains (Perbandingan Politik dan Sejarah Empayar) di London School of Economics and Political Science.
Kerjaya كرجاي
Dermawan
Tunku Zain Al-’Abidin juga dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti UCSI berikutan beliau mengetengahkan usaha-usaha yang diperlukan dalam bidang-bidang seperti aktivisme masyarakat sivil, sokongan dasar awam, inovasi perniagaan, inisiatif pendidikan serta memupuk bakat sukan dan muzik dalam kalangan komuniti UCSI.[6]
Beliau juga merupakan kehormat utama dalam Rejimen Askar Wataniah serta merupakan Presiden dan penaung diraja di Kolej ICAN.[7]
Penglibatan dalam seni muzik
Tunku Zain Al-'Abidin sangat berminat dengan muzik dan juga mahir bermain piano. Beliau merupakan penaung Persatuan Seni Persembahan Euroasia atau lebih dikenali sebagai Euroasia. Beliau juga kerap menyokong usaha organisasi untuk membangunkan dan berkongsi pendidikan muzik serta persembahan. Tunku Zain juga membuat persembahan di Konsert Diraja UKM untuk beberapa tahun.
Beliau juga merupakan penaung diraja pertama Hands Percussion, kumpulan muzik Malaysia.
Sempena istiadat pertabalan ayahandanya, beliau menulis buku tentang sejarah Negeri Sembilan dan adat istiadat, dan memulakan projek besar menyusun rendisi baru untuk lagu kebesaran Negeri Sembilan, Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan Orkestra Filharmonik Malaysia. Komposisi baru ini telah dilancarkan pada 26 Oktober 2010.[8]
Terasul, gelaran dan kurniaan تراسول، ڬلرن دان کورنياءن
^"Lagu kebesaran negeri digubah semula". Utusan Online (dalam bahasa Malay). Utusan Melayu (M) Berhad. 28 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2016. Dicapai pada 25 Jun 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)