Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz (Jawi : المرحوم تونكو اليف حسين سيف الدين الأمين ابن توانكو محرز ) (3 September 1984 - 15 Januari 2016), merupakan putera bongsu dan yang bongsu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhriz .
Kerabat كرابت
Tunku Alif Hussein diputerakan pada 3 September 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur , sebagai putera ketiga dan anakanda kepada Tuanku Muhriz (kini Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang memerintah) dan Tuanku Aishah Rohani .[ 1]
Kekanda-kekanda Almarhum :
Pendidikan ڤنديديقن
Almarhum melanjutkan pengajiannya di The Institutes for the Achievement of Human Potential (IAHP), Philadelphia , Pennsylvania , Amerika Syarikat.
Kemangkatan كمڠكاتن
Tunku Aliff diputerakan dengan kekurangan vitamin K dalam otak.[ 2] Almarhum mangkat pada 15 Januari 2016 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Kuala Lumpur berikutan kegeringan.[ 3] Almarhum disembahyang di Istana Seri Menanti dan disemadikan secara tertutup di Makam Diraja Seri Menanti , Kuala Pilah .[ 3] [ 4] Almarhum disemadikan bersebelahan makam nendanya Tunku Ampuan Durah yang mangkat pada 8 Ogos 1999.[ 5]
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang تراسول ، ڬلرن ، کورنياءن دان لامبڠ
Gelaran hormat bagi Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
Gaya panggilan
Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan
Yang Amat Mulia
Gaya pilihan
Tunku
Terasul dan gelaran
3 September 1984 – 28 Disember 2008 : Yang Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz.
29 Disember 2008 – 15 Januari 2016 : Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz.
Jawi: المرحوم تونکو اليف حسين سيف الدين الأمين ابن توانکو محرز
Kurniaan
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz (2009)
Eponim
Keturunan
Keturunan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
Rujukan رجوكن